Ibu Cemas Wajah Anak Dipenuhi Cecair Merah Seakan Darah

Kanak-kanak memang suka bermain dan memegang semua benda yang menarik perhatian mereka tanpa mengetahui sama ada benda itu boleh dipegang ataupun tidak. Dan seringkali berlaku mereka didapati bermain dengan benda yang bukan mainan mereka.Ibu Cemas Wajah Anak Dipenuhi Cecair Merah Seakan Darah - sajagempak.com

Seorang ibu yang dikenali sebagai Siti Norehan terperanjat besar saat melihat wajah anaknya yang dipenuhi cecair merah seakan darah. Menerusi perkongsiannya, wanita ini menceritakan detik cemas itu, namun kanak-kanak tersebut langsung tidak menangis dan hanya mendiamkan dirinya.

Rupanya cecair merah yang terdapat pada wajahnya bukan darah seperti yang disangka tetapi pewarna inai! Ibunya terus menarik nafas lega selepas dapat tahu anaknya bermain dengan pewarna inai celup milik kakaknya.Ibu Cemas Wajah Anak Dipenuhi Cecair Merah Seakan Darah - sajagempak.com

Tapi kemudiannya satu masalah lain pula timbul hingga memeningkan wanita ini iaitu warna tersebut sama sekali tidak tertanggal walaupun anaknya sudah dimandikan. Alamak!

Ibu Cemas Wajah Anak Dipenuhi Cecair Merah Seakan Darah - sajagempak.com
Dah mandi tapi warna merah masih tak hilang-hilang pula

“Terkejut beruk umi hang tengok mai laguni. Main inai celup kakak dia lepas mandi pun tak hilang ni nak oi.”

Perkongsian video wanita ini di TikTok menjadi tular dan sehingga kini telah mencecah 590 ribu tontonan. Rata-rata netizen turut terhibur dengan dan tergelak dengan telatah dan wajah anak ini.

VIDEO:

Antara komen-komen netizen:

Ibu Cemas Wajah Anak Dipenuhi Cecair Merah Seakan Darah - sajagempak.comIngatkan darah, mau seminggu nak hilang tu
Ibu Cemas Wajah Anak Dipenuhi Cecair Merah Seakan Darah - sajagempak.com

Agak-agaknya berapa lama kesan merah tu boleh hilang?

Sumber: Siti Norehan

Facebook Comments Box