Ibu Dua Anak Hampir Pengsan, Bibir Bengkak 3 Kali Ganda Selepas Buat Rawatan Kecantikan

Sudah menjadi lumrah bagi wanita yang sukakan kecantikan dan sentiasa mahu diri mereka kelihatan cantik bergaya untuk kebanyakkan masa.Ibu Dua Anak Hampir Pengsan, Bibir Bengkak 3 Kali Ganda Selepas Buat Rawatan Kecantikan

Baru-baru ini seorang wanita yang juga ibu kepada dua anak memberi amaran tegas kepada sesiapa yang ingin melakukan rawatan kecantikan pada bibir mereka.

Wanita berusia 25 tahun itu yang dikenali sebagai Louise Smith mengingatkan supaya orang ramai melakukan penyelidikan atau kajian terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan pada bibir.

Hal ini berikutan dengan bibirnya yang menggelembung hingga tiga kali ganda daripada ukuran asal.

sajagempak.com - Ibu Dua Anak Hampir Pengsan, Bibir Bengkak 3 Kali Ganda Selepas Buat Rawatan Kecantikan

Ibu kepada dua anak itu mengatakan bahawa dirinya hanya ingin membuat rawatan ekoran bibirnya yang kecil untuk menambah keyakinan diri.

Maka, dirinya didakwa melakukan temu janji di sebuah salon untuk mendapatkan rawatan tersebut. Wanita itu berkata, dirinya telah membelanjakan sebanyak 80 euro ( lebih kurang RM442) untuk rawatan yang dilakukan pada bulan yang lalu.

sajagempak.com - Ibu Dua Anak Hampir Pengsan, Bibir Bengkak 3 Kali Ganda Selepas Buat Rawatan Kecantikan

Namun begitu, kegembiraannya berubah menjadi seram apabila bibirnya yang disuntik itu menyakitkan dan kelihatan terlalu besar sehingga dirinya didakwa hampir pengsan. Bibirnya bukan sahaja berukuran tiga kali ganda malah dipercayai tidak rata.

Oleh hal yang demikian, wanita berkenaan turut berkongsi pengalamannya dan mendesak orang ramai untuk berhati-hati ketika mendapatkan rawatan kecantikan pada bibir.

sajagempak.com - Ibu Dua Anak Hampir Pengsan, Bibir Bengkak 3 Kali Ganda Selepas Buat Rawatan Kecantikan

Semoga kaum wanita di luar sana agar lebih berhati-hati sebelum mahu melakukan sebarang rawatan kecantikan diri, seeloknya selidik terlebih dahulu.

Sumber: Daily Star

Facebook Comments Box