Ibu Terkejut Anak Lelakinya Yang Berusia 2 tahun Buat Pesanan 31 Burger Berharga RM400 Lebih

Seorang ibu terperanjat besar apabila mengetahui apa yang dilakukan oleh anak lelakinya yang berusia dua tahun. Gara-gara tidak ‘lock’ handphone miliknya, wanita ini tergaman apabila menyedari anak kecilnya itu telah memesan burger keju McDonald’s sebanyak 31 biji!Ibu Terkejut Anak Lelakinya Yang Berusia 2 tahun Buat Pesanan 31 Burger Berharga RM400 Lebih - sajagempak.com

Pada mulanya, ibu yang dikenali sebagai Kelsey Golden itu sedang sibuk bekerja di rumah menggunakan laptop miliknya tanpa menyedari anak kecilnya, Barrett yang berusia 2 tahun itu telah mengambil handhonenya.

Anaknya yang bermain dengan handphone ibunya tanpa sengaja telah membuka aplikasi DoorDash dan membuat pesanan 31 burger McDonald’s. Sudah pasti si anak kecil itu tidak mengetahui apa yang dilakukannya dan menurut ibunya, anaknya hanya sukakan ciri kamera pada handphonenya dan tak pernah membuka aplikasi lain.

“Dia mula menekan skrin dan menghayunkannya seperti roller coaster,” ujarnya.

Selepas beberapa lama kemudian, wanita ini terkejut besar apabila melihat sebuah kereta masuk dan penghantar makanan itu mengeluarkan beg McDonald’s yang besar dan berisi 31 burger keju!

Pada mulanya, wanita ini menyangka penghantar makanan itu tersalah alamat sebelum kemudiannya baru menyedari apa yang telah dilakukan oleh anaknya.

Wanita ini bingung macam mana cara untuk menghabiskan burger tersebut kerana tiada seorang pun dalam keluarganya yang suka makan burger keju. Malah anaknya itu pula cuma makan separuh daripada satu burger sahaja.

Tidak mahu burger-burger itu terbazir dan terbuang begitu sahaja, akhirnya wanita ini pun membuat posting di laman komuniti tempat tinggalnya jika ada sesiapa yang mahukan burger tersebut dan dia memberinya secara percuma. Posting tersebut telah menarik minat beberapa orang penduduk sekitar yang kemudian pergi ke rumahnya untuk mendapatkan burger secara percuma.

Difahamkan jumlah harga untuk kesemua burger tersebut adalah sebanyak RM270.27 (AS$61) dan anaknya, Barrett juga turut memberi tip sebanyak RM70.22 (AS$16) dalam pesanan yang dilakukannya. Total harga untuk kesemuanya sekali adalah RM402 (AS$91.70).

Ibu Terkejut Anak Lelakinya Yang Berusia 2 tahun Buat Pesanan 31 Burger Berharga RM400 Lebih - sajagempak.com
Kredit: Facebook Kelsey Burkhalter Golden

Kisah ibu dan anak itu menjadi tular dan telah mendapat perhatian pihak McDonald’s yang kemudiannya memberi T’ shirt dan 31 coupon Cheeseburger percuma kepada mereka, yang berkemungkinan besar akan disedekahkan mereka kepada orang ramai.

Ibu Terkejut Anak Lelakinya Yang Berusia 2 tahun Buat Pesanan 31 Burger Berharga RM400 Lebih - sajagempak.com
Kredit: Facebook Kelsey Burkhalter Golden
Facebook Comments Box