Ibu Terkejut Kaki Anak Disambung Terbalik

Kaki adalah satu satu anggota badan yang penting yang membolehkan kita bergerak dari satu tempat ke tempat. Tetapi, tak semua orang memiliki anggota badan yang sempurna akibat kemalangan, kanser dan sebagainya.sajagempak.com - Ibu Terkejut Kaki Anak Disambung Terbalik

Seorang remaja berasal dari Belfast, Ireland Utara, kehilangan kaki kanan akibat kanser tisu pada Jun tahun lepas membuatkan dia terpaksa memakai kaki palsu untuk bergerak.

Tristin Stewart, harus membiasakan diri dengan memakai kaki palsu selepas kaki kanannya dipotong dalam satu pembedahan pada usia 15 tahun.

Walau bagaimanapun, Tristin menjalani satu lagi pembedahan iaitu rotationplasty bagi membina sendi lutut menggunakan tapak kakinya sendiri dan disambungkan dalam keadaan terbalik supaya memudahkan Tristin berjalan atau berlari menggunakan kaki palsu.

sajagempak.com - Ibu Terkejut Kaki Anak Disambung Terbalik

“Saya tidak kisah mengenai rupa kaki saya. Apa yang saya tahu, saya mahu berlari semula dan percaya saya mampu lakukan,” lapornya kepada The Mirror.

Ibu Tristin, Mandy, menyatakan anaknya sangat berani semasa proses rawatan sehingga dia menerima berita bahawa kakinya harus dipotong.

“Tidak boleh bermain bola sepak atau sebarang sukan memusnahkan hidupnya. Dia seorang yang aktif,” katanya.

sajagempak.com - Ibu Terkejut Kaki Anak Disambung Terbalik

Walaupun terkejut bila melihat kaki kanan anaknya disambung terbalik, kini Mandy boleh membiasakan diri melihatnya. –

Sumber: Vitdaily

Facebook Comments Box