Ibu Terpaksa Tebalkan Muka Minta Tangguh Bayar Yuran Persekolahan Enam Anaknya

Setiap kali musim persekolahan telah bermula, maka suasana di sekolah pastinya akan menjadi meriah dengan pelbagai ragam anak murid yang rata-ratanya teruja untuk belajar dan juga bertemu dengan rakan-rakan mereka.Ibu Terpaksa Tebalkan Muka Minta Tangguh Bayar Yuran Persekolahan Enam Anaknya - sajagempak.com

Namun disebalik senyuman dan keriangan yang diukir oleh anak-anak ke sekolah, ada segelintir ibu bapa dan penjaga mereka yang berdepan dengan masalah untuk membayar yuran pendaftaran disebabkan kekangan kewangan.

Seorang cikgu sekolah rendah berkongsikan satu kisah sedih yang berlaku di sekolahnya semasa hari pendaftaran sekolah menerusi twitter Musytaq. Kisah mengenai seorang ibu yang tidak dapat membayar sepenuhnya yuran pendaftaran anaknya yang belajar di sekolah berkenaan kerana mengalami masalah kewangan.

Duit tak cukup nak bayarIbu Terpaksa Tebalkan Muka Minta Tangguh Bayar Yuran Persekolahan Enam Anaknya - sajagempak.com

Menurut si ibu, 6 orang anaknya yang lain turut bersekolah dan memerlukan duit untuk mendaftar. Oleh hal yang sedemikian, dia tidak mampu untuk melunaskan segala yuran secara serentak ekoran suaminya seorang yang bekerja. Duit gaji si suami hanya cukup untuk perbelanjaan sebulan.

Ini je yang mampu bayar, bulan depan akan cuba bayar habisIbu Terpaksa Tebalkan Muka Minta Tangguh Bayar Yuran Persekolahan Enam Anaknya - sajagempak.com

Walau bagaimanapun, si ibu masih berjanji bahawa dia akan cuba untuk melangsaikan yuran tertunggak anaknya itu pada bulan hadapan. Situasi sedih itu berlaku di hadapan kaunter pendaftaran murid tahun 4. Cikgu ini bagaimanapun sememangnya memahami keadaan yang dilalui ibu berkenaan dan sebak ketika mendengar luahan hatinya.

Bayar ini je dulu, sebab tak cukup duitIbu Terpaksa Tebalkan Muka Minta Tangguh Bayar Yuran Persekolahan Enam Anaknya - sajagempak.com

Selain itu, ada juga yang hadir sebagai penjaga kepada murid berkenaan ekoran murid tersebut telah kematian ibu bapa. Penjaganya merupakan atuk yang usianya semakin uzur masih mencari rezeki untuk membesarkan cucunya. Walaupun angka yuran hanya RM20 sebulan, jumlah itu agak besar bagi sesetengah individu yang mengalami kesempitan hidup.

Ibu Terpaksa Tebalkan Muka Minta Tangguh Bayar Yuran Persekolahan Enam Anaknya - sajagempak.com

 

Tidak dinafikan memang ramai orang yang susah diluar sana, sebagai masyarakat yang prihatin, sama-samalah kita hulurkanlah bantuan setakat mana yang termampu.

Facebook Comments Box