Ibu Terperanjat Melihat Muka Adik Bertukar Biru, Kedua Anaknya Siap Buat Muka Tak Bersalah

Kanak-kanak memang suka bermain dan mencuba sesuatu yang baru dan telatah dan gelagat comel mereka seringkali menghiburkan orang dewasa. Namun begitu, kadangkala ada juga perbuatan nakal  mereka yang tidak sepatutnya dilakukan dan wajar dinasihat dengan baik oleh kita.Ibu Terperanjat Melihat Muka Adik Bertukar Biru, Kedua Anaknya Siap Buat Muka Tak Bersalah - sajagempak.com

Baru-baru ini, tular. satu video yang memaparkan seorang ibu terkejut apabila melihat salah seorang anaknya menjadi biru ketika bermain dengan kakaknya.

Kedua-dua anak itu sedang bermain bersama dalam rumah sebelum kejadian tersebut diketahui oleh ibu mereka. Tak pasti antara marah atau lucu, si ibu terkejut apabila melihat muka si adik bertukar menjadi biru, manakala si kakak pula bersih sahaja mukanya.Ibu Terperanjat Melihat Muka Adik Bertukar Biru, Kedua Anaknya Siap Buat Muka Tak Bersalah - sajagempak.com

“Ni apa dah jadi dengan adik ni kakak, pandai ye tak buat dekat diri sendiri buat dekat adik.

“Pergi mandi, dah bertukar biru dah adik ni. Pergi tengok cermin kenapa jadi macam ni,” ujar si ibu kepada anak-anaknya.

Ibu Terperanjat Melihat Muka Adik Bertukar Biru, Kedua Anaknya Siap Buat Muka Tak Bersalah - sajagempak.com
Muka tak bersalah

Rata-rata orang ramai juga geli hati melihat telatah dua beradik tersebut dan menganggap tingkah laku tersebut merupakan salat satu cara perkembangan kanak-kanak di usia mereka yang dianggap sihat.

Antara komen-komen netizen:Ibu Terperanjat Melihat Muka Adik Bertukar Biru, Kedua Anaknya Siap Buat Muka Tak Bersalah - sajagempak.com

“ hahahaha takutnyaaa keluar2 dari dapur tengok anak tukar biru ?” – littleyellow

“Lucu la adik dua orang ni, nasib maknya tak jadi hijau. Semoga membesar dengan sihat dan pandai ye dik” – Asmahoney.

“ni kenapa adik jadi biru pulak ni ??” – BIRUHIJAUCOKLAT

“Kalau aku pun tak tahu nak marah ke nak gelak. Telatah anak masa kecil. Nanti dah besar semua ini akan jadi kenangan yang paling indah” – Norizan Zakaria.

“Mestilah buat kat adik, kan tutorial make up ?” – Solsolsol

VIDEO:

Kredit video: PA’AN_92

Facebook Comments Box