Ibu Trauma Bayi Nyaris DicuIik Seorang Wanita Tidak Dikenali

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil akan secara automatik mengambil tanggungjawab untuk menjaga dan memastikan keselamatan mereka sama ada dalam dumah ataupun di mana-mana tempat lain. Apabila membawa anak kecil untuk pergi kemana-mana, mohon jangan alpa dan jangan biarkan anak kecil tiada pemantauan.sajagempak.com - Ibu Trauma Bayi Hampir Dilarikan Seorang Wanita Tidak Dikenali

Disini, kami ingin kongsikan kisah seorang ibu yang mengalami pengalaman anaknya hampir dilarikan oleh seorang wanita lain 

Assalamualaikum semua. Saya nak kongsi dan ingatkan ibu bapa yang selalu letak anak dalam baby chair di kedai makan, berhati-hati. Perkara ini berlaku pada saya sendiri petang semalam.

Seperti biasa, bila pergi ke kedai makan tak kisahlah sama ada di mall atau di luar, saya akan letak baby saya yang berusia 9 bulan di baby chair. Masa kejadian itu dalam jam 4-5 petang dan kedai dipenuhi pengunjung.

Tiba-tiba ada seorang wanita tua, usia dalam lingkungan 50-an datang ke arah anak saya dan terus dia macam nak dukung.

“Ini anak you ka? Manyak cantik oo..”

Tapi saya sempat tarik badan anak dan tak pandang mata dia sebab sebelum ini pernah terbaca modus operandi penjenayah cuIik budak-budak dengan pelbagai cara. Selepas itu, wanita tua itu beredar dan pergi ke arah baby lain dan mengulangi perbuatannya.

Saya terus jerit, ‘Jangan pandang mata dia!’

Masa itu semua orang pandang saya. Ada yang cakap terima kasih dan ada yang ingat saya sengaja nak memalukan wanita tua itu. Biarlah apa tanggapan orang, saya hanya mahu menyelamatkan baby orang lain dari menjadi mangsa cuIik.

Selepas selesai makan di kedai itu, dalam perjalanan ke arah kereta, saya nampak dia masih melakukan kegiatannya pada baby orang lain di seberang jalan.

Berhati-hati ya ibu bapa semua. Saya bukan nak bersangka buruk terhadap orang lain tetapi saya tidak mahu menyesal di kemudian hari. Sekarang ini, bermacam-macam jenayah yang melibatkan kanak-kanak.

VIDEO:

Ini Adalah Rakaman CCTV Lama Menunjukkan seorang lelaki cuba mengambil anak kecil dari stroller ketika si ibu sedang leka bercakap dengan pekerja kedai makan | Video – Sky Fuji

Sampai sekarang saya masih trauma lagi. Minta dijauhkanlah dari perkara yang tidak diingini berlaku.

Ibu bapa di luar sana, pantaulah anak anda selalu walau di mana kita berada sebab ramai ibu bapa sekarang saya tengok lebih fokus pada telefon bimbit berbanding anak sendiri bila berada di luar.

Mujur anak saya selamat dari kejadian yang tidak diingini. Syukur ya Allah.

Sumber: Info Ibu Hamil

Facebook Comments Box