Seorang nelayan menemui ikan pelik di perairan Sabak Bernam berhampiran Kampung Sungai Lang, Selangor. Lelaki nelayan itu terkejut besar apabila menemui ikan berkepala buaya yang dianggapnya amat ganjil.
Posting yang dimuatnaik ke facebook itu telah mendapat pelbagai reaksi dari pengguna facebook yang lain. Meskipun ikan itu kelihatan agak pelik, tetapi rupanya-rupanya ikan itu betul-betul wujud di dunia ini.
Ikan berkepala ikan itu adalah salah satu spesies ikan yang dikenali sebagai Alligator Gar.
Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Abdul Rahman Abdul Wahab, lelaki nelayan yang berusia 60-an itu mendapati ikan terbabit sudah mati sebelum mengeluarkannya daripada pukat.
Beliau berkata, nelayan terbabit tidak dapat mengenal pasti spesis ikan berkepala buaya itu dan ia sudah dijual kepada individu warga Bangladesh.
“Siasatan lanjut mendapati ikan itu spesis Alligator Gar dan ia dilarang dilepaskan di mana-mana perairan.
“Kemungkinan ikan ini dilepaskan di kawasan sungai dan mengikut air hujan turun ke kawasan muara Sungai Lang,” katanya.
Selepas ini kalau ada jumpa lagi ikan berkepala seakan buaya seperti ini, tak perlu takut kerana ikan ini tidak berbahaya kepada manusia.