Ikan Berwajah Pelik, Tersenyum ‘Jahat’ Kepada Wanita Yang Merakamnya

Pada zaman sekarang, hampir 32 ribu spesies ikan yang mendiami lautan, sungai mahupun tasik yang telah ditemui dan dikenalpasti. Dari tahun ke tahun, akan ada penemuan-penemuan spesies baru apatah lagi di lautan luas yang melitupi lebih 70 peratus permukaan bumi ini, sudah pasti akan ada hidupan-hidupan laut yang masih belum kita ketahui.Ikan Berwajah Pelik, Tersenyum 'Jahat' Kepada Wanita Yang Merakamnya - sajagempak.com

Salah satu video rakaman yang dikongsikan seorang wanita yang dikenali sebagai Frankie Nickole menjadi tumpuan ramai apabila memaparkan seekor ikan berwajah pelik dan kelihatan ‘menyeramkan’.

Video itu dipercayai diambil di sebuah terusan di Cape Coral, Florida, Amerika Syatikat. Dalam video tersebut, ikan pelik berkenaan kelihatan seakan tersenyum ‘jahat’ hingga menampakkan giginya.Ikan Berwajah Pelik, Tersenyum 'Jahat' Kepada Wanita Yang Merakamnya - sajagempak.com

Ada juga yang mengatakan ikan itu seakan-akan memakai cermin mata hitam seperti manusia. Selain itu, terdapat juga penonton video yang melihat ikan itu sebagai sangat comel.

Salah seorang netizen memberitahu bahawa ikan itu adalah ikan spesies sheepshead.

Ikan Berwajah Pelik, Tersenyum 'Jahat' Kepada Wanita Yang Merakamnya - sajagempak.com

Spesies ikan ini dikatakan boleh ditemui di Teluk Mexico dan pantai di selatan Amerika Utara. Ikan sheepshead ini juga boleh mencapai berat diantara 1 hingga 4 pound (bersamaan kira-kira 0.45kg hingga 1.81kg), namun boleh membesar sehingga 20 pound (9.07kg).

VIDEO:

Ikan itu adalah spesies ikan sama yang pernah ditemui oleh seorang nelayan di kawasan Jennette’s Pier, North Carolina yang menjadi tular kerana mempunyai kelihatan seperti ikan bergigi manusia.

Haiwan ini menggunakan gigi unik mereka untuk menghancurkan krustasea, kerang dan juga tiram. Menurut berberapa orang yang pernah menangkap dan memakan ikan ini, rasanya dikatakan agak sedap untuk dimakan.

 

Facebook Comments Box