Ikan Gergasi Dari Laut Dalam Sepanjang 16 Kaki Ditemui Sekumpulan Nelayan Cetus Kebimbangan Gempa Bumi Berlaku

Dalam beberapa hari ini tular mengenai tangkapan sekumpulan nelayan yang mengejutkan orang ramai apabila mereka berjaya menangkap seekor ikan laut dalam sepanjang 16 kaki atau 5 meter.Ikan Gergasi Dari Laut Dalam Sepanjang 16 Kaki Ditemui Sekumpulan Nelayan Cetus Kebimbangan Gempa Bumi Berlaku - sajagempak.com

Ikan besar yang diperoleh para nelayan itu mencetuskan sensasi dikalangan penduduk setempat yang rata-rata berpusu-pusu datang untuk melihat ikan itu depan mata mereka sendiri.

Spesis ikan laut dalam yang ditangkap oleh kumpulan nelayan walaupun dianggap ‘rare’ tetapi tu bukanlah kali pertama ditemui di dunia ini, malah Ikan yang ditangkap oleh kumpulan nelayan itu dikenalpasti sebagai ikan oar.Ikan Gergasi Dari Laut Dalam Sepanjang 16 Kaki Ditemui Sekumpulan Nelayan Cetus Kebimbangan Gempa Bumi Berlaku - sajagempak.com

Kemunculan ikan oar yang berasal dari laut dalam ini bagaimanapun menimbulkan rasa resah dan bimbang terhadap segelintir orang yang berpendapat ianya merupakan satu petanda yang kurang baik.

Ikan Gergasi Dari Laut Dalam Sepanjang 16 Kaki Ditemui Sekumpulan Nelayan Cetus Kebimbangan Gempa Bumi Berlaku - sajagempak.com

Di Jepun, masyarakat setempat percaya bahaya sekiranya ikan oar ini muncul, ia membawa petanda gempa bumi bakal berlaku dalam masa terdekat.

Bahkan dalam kejadian gempa bumi di Fukushima pada tahun 2011, puluhan spesies ikan ini muncul dan dikesan di Jepun sebelum gempa bumi berlaku.Ikan Gergasi Dari Laut Dalam Sepanjang 16 Kaki Ditemui Sekumpulan Nelayan Cetus Kebimbangan Gempa Bumi Berlaku - sajagempak.com

Walaupun begitu, tiada bukti saintifik yang menunjukkan penemuan ikan oar dengan kejadian gempa bumi.

Ikan oar ini juga pernah dilaporkan ditemui oleh nelayan di Malaysia.Ikan Gergasi Dari Laut Dalam Sepanjang 16 Kaki Ditemui Sekumpulan Nelayan Cetus Kebimbangan Gempa Bumi Berlaku - sajagempak.com

Habitat ikan oar ini adalah di kawasan laut dalam, namun ia cenderung untuk naik ke permukaan apabila keadaan fizikal lemah, sakit, membiak atau peningkatan arus air.

Facebook Comments Box