Seekor ikan gergasi yang ditemui di Pulau Faial, Portugal telah disahkan memecah rekod dunia sebagai ikan bertulang paling berat pernah ditemui oleh manusia di muka Bumi ini.
Ditemui pada Disember 2021 di Pulau Faial, Portugal, rekod ciri-ciri ikan ini bagaimanapun baru disahkan dan diumumkan kepada orang awam selepas kajian keatasnya sudah selesai dijalankan baru-baru ini.
Persatuan Naturalis Atlantik yang merupakan sebuah organisasi pemuliharaan dalam satu kenyataannya mengatakan ikan ini ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa dan dibawa oleh penduduk tempatan untuk dikaji.
Ikan gergasi tersebut dikenalpasti sebagai salah salut ikan laut dalam dan merupakan ikan spesis Sunfish serta mempunyai berat sebanyak 2,744 kilogram.
Selain itu ia juga berukuran 3.65 meter lebar dan 3.35 meter panjang.
VIDEO:
Penemuan bangkai ikan Sunfish di Portugal ini telah memecahkan rekod ikan Sunfish lain yang ditemui pada tahun 1996 di pantai Jepun. Menurut Guinness World Records, ikan gergasi yang ditemui di Jepun belasan tahun lepas itu mempunyai berat sebanyak 2,300 kg