Tular beberapa gambar mengejutkan yang memaparkan seekor ikan jerung putih dalam keadaan fikzikal yang agak mengerunkan dan pada masa yang sama juga amat menyedihkan. Ikan jerung putih itu dinobatkan sebagai ikan jerung paling lasak di dunia kerana badannya dipenuhi kesan parut dan calar yang dipercayai berpunca daripada pertarungan dengan hidupan laut yang lain.
Imej mengejutkan itu diambil ketika jerung putih berkenaan dirakam berenang berhampiran dengan Pulau Neptune di Australia Selatan yang dikatakan tempat tinggal kepada lebihk kurang 1000 ekor jerung putih.
Dean Spraakman yang merupakan seorang sinematografer bawah air telah mengambil beberapa gambar dalam ekspedisinya pada Januari lalu. Menurut Dean Spraakman, ikan jerung putih itu berukuran kira-kira 11 kaki dan sangat ‘peramah’.
Namun mereka tidak pasti dengan jelas macam mana ikan jerung tersebut boleh mendapat parut-parut luka yang terdapat di seluruh badannya.
Tambahnya lagi, ini merupakan kali pertama mereka melihat seekor jerung yang banyak kecederaan di badan dan menganggap bahawa kecederaan tersebut mungkin kerana ianya terperangkap pada kipas bot atau kandang tuna.
“Tiada orang yang pernah nampak jerung dalam keadaan begitu,” kata Dean.
Tambah Dean lagi “Kita hanya boleh berspekulasi apa yang terjadi di sana dan sebenarnya tiada siapa yang tahu apa yang menyebabkan kecederaan tersebut pada jerung itu. Tapi saya lihat jerung putih tersebut berada dalam kesakitan.”
Menurut seorang pengembara National Geografik, Profesor Yannis Papastamatiou, beberapa kesan itu mungkin terjadi disebabkan pergaduhan dengan jerung lain.
“Jerung betina sering mempunyai parut kerana mengawan, tetapi jerung jantan juga boleh digigit semasa interaksi dengan jerung yang lebih besar yang mahu mendominasi jerung yang lebih kecil,”
VIDEO:
Menurut Daily Star, jerung putih merupakan ikan pemangsa yang terbesar di dunia dan ikan jerung ini tidak mengunyah namun hanya menelan makanan mereka meskipun mereka mempunyai 300 gigi.
Kredit: Sea Dragon