Ikan ‘Rare’ Dari Laut Dalam Ditemui Terdampar Di Pantai, Datangkan Keresahan Kerana Dianggap Bukan Satu Petanda Baik

Para penduduk di Pantai Newport, California dikejutkan dengan penemuan seekor ikan aneh yang sangat jarang dilihat dan ditemui terdampar di pantai.

Ikan 'Rare' Dari Laut Dalam Ditemui Terdampar Di Pantai, Datangkan Keresahan Kerana Dianggap Bukan Satu Petanda Baik - sajagempak.com

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ben Estes terkejut besar saat menemui ikan yang rare itu dan segera memaklumkan penemuan tersebut kepada penjaga taman negara Crystal Cove State Park.

Tidak lama kemudian, spesis ikan tersebut dikenalpasti sebagai ikan yang berasal dari laut dalam dari spesis Angler dan dikenali sebagai ‘Footballfish’.Ikan 'Rare' Dari Laut Dalam Ditemui Terdampar Di Pantai, Datangkan Keresahan Kerana Dianggap Bukan Satu Petanda Baik - sajagempak.com

Keberadaan ikan tersebut di permukaan air dan terdampar di pantar adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku dan diluar kebiasaan kerana ikan ini tinggal di laut dalam iaitu di kedalaman yang lebih dari 3,000 kaki di bawah permukaan laut.

Ikan 'Rare' Dari Laut Dalam Ditemui Terdampar Di Pantai, Datangkan Keresahan Kerana Dianggap Bukan Satu Petanda Baik - sajagempak.com

Ikan ‘Footballfish’

 

Ikan angler Pasifik memiliki ciri-ciri yang unik kerana ia memiliki unjuran seperti joran pancing di atas kepalanya yang berfungsi sebagai umpan yang boleh mengeluarkan cahaya bioluminescent untuk menarik mangsa dalam suasana laut dalam yang gelap.Ikan 'Rare' Dari Laut Dalam Ditemui Terdampar Di Pantai, Datangkan Keresahan Kerana Dianggap Bukan Satu Petanda Baik - sajagempak.com

Penemuan itu juga menimbulkan keresahan dikalangan netizen kerana amat jarang ikan dari laut dalam boleh berakhir di pantai.

Its not cool. Honestly its not good that something only found in the deepest depts of the ocean where no light reaches, just so happened to make its way all the way to a sunny beach. I hope someone is studying it to find out why it washed up.”Ikan 'Rare' Dari Laut Dalam Ditemui Terdampar Di Pantai, Datangkan Keresahan Kerana Dianggap Bukan Satu Petanda Baik - sajagempak.com

Ada yang berpendapat ianya bukan petanda yang baik apabila ikan laut dalam ditemui boleh muncul di pantai kerana ianya mungkin bermaksud habitat mereka sudah tidak selamat untuk didiami.

Facebook Comments Box