Ikat Anak Gadis Di Belakang Kereta Yang Dipandu, Bapa Beri Alasan Anaknya Suka Macam Itu

Baru-baru ini ternampak satu video seorang anak gadis diikat dalam sebuah kereta yang bergerak, ingatkan ianya adegan dalam movie ke apa, rupanya memang betul2 berlaku! Kejadian pada 2 tahun lepas.sajagempak.com - Ikat Anak Gadis Di Belakang Kereta Semasa Memandu, Bapa Beri Alasan Anaknya Suka Macam Itu

Ikat Anak Gadis Di Belakang Kereta Semasa Memandu, Bapa Beri Alasan Anaknya Suka Macam Itu. Akibat melakukan perbuatan yang boleh merisikokan nyawa anaknya, seorang bapa ditahan oleh pihak berkuasa Turki.

Lelaki itu mengikat anak perempuannya di belakang van, ketika kenderaan itu sedang dipandu di tengah Turki baru-baru ini.

Insiden itu dirakam oleh seorang pemandu lain di sebatang jalan di daerah Yaylakent.

Susulan itu, klip rakaman video itu menjadi tular dan paling banyak di tonton oleh netizen Turki ketika itu.

sajagempak.com - Ikat Anak Gadis Di Belakang Kereta Semasa Memandu, Bapa Beri Alasan Anaknya Suka Macam Itu

Kemarahan orang ramai mula tercetus dan mereka menggesa pihak polis menangkap lelaki terbabit.

Pemandu kenderaan itu yang dikenali sebagai Idris K telah ditahan polis, semalam.

“Anak perempuan saya berusia 13 tahun dan dia suka menggembara dengan cara seperti itu,” Idris dilaporkan berkata kepada polis.

sajagempak.com - Ikat Anak Gadis Di Belakang Kereta Semasa Memandu, Bapa Beri Alasan Anaknya Suka Macam Itu

Jelasnya lagi, anak perempuannya diikat di belakang van itu dengan perjalanan sejauh 700 meter dengan kelajuan hanya 15 hingga 20 kilometer sejam.

VIDEO:

Facebook Comments Box