Ingatkan Angkat Tangan Sebab Tak Faham, Cikgu Terkejut Murid Tu Cakap ‘Cikgu,Semalam Saya Mimpi UIar Masuk Rumah’

Ingatkan Angkat Tangan Sebab Tak Faham, Cikgu Terkejut Murid Tu Cakap ‘Cikgu,Semalam Saya Mimpi UIar Masuk Rumah’ Kisah yang dikongsikan oleh seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh ini pernah tular sekitar Ogos tahun lalu. Berikut di bawah adalah perkongsian beliau yang mencuri perhatian ramai netizen.sajagempak.com - Ingatkan Angkat Tangan Sebab Tak Faham, Cikgu Terkejut Murid Tu Cakap ‘Cikgu,Semalam Saya Mimpi UIar Masuk Rumah’

Ini gambar dua tahun lepas. Dari tahun pertama mengajar, aku tak pernah terlepas dengan mengajar murid tahun 1. Penat mengajar Tahun 1 ni. Penat nak melayan karenah mereka. Kesabaran perlu ada di tahap dewa.

Kau bayangkan, sedang rancak kita mengajar, berapi-api memberi penerangan, tiba-tiba seorang murid angkat tangan.

” Ya, kenapa Nurul? Awak tak faham yang mana? Atau awak nak cuba jawab soalan ni kat depan?”

” Tak cikgu. Nurul nak cakap. Semalam kan, Nurul tidur kemudian mimpi ada uIar masuk rumah Nurul.”

sajagempak.com - Ingatkan Angkat Tangan Sebab Tak Faham, Cikgu Terkejut Murid Tu Cakap ‘Cikgu,Semalam Saya Mimpi UIar Masuk Rumah’
Gambar hiasan

” Eh Nurul. Kita pun pernah mimpi uIar tau. UIar tu lawan dengan harimau,” balas Siti.

” Saya pernah tengok uIar kat zoo, cikgu,” kata Kamil. “Ayah kita pukuI uIar sampai mati, cikgu. UIar duduk tepi pasu,” sahut Aqil dari belakang.

” Mak kita cakap, kalau jumpa uIar kena lari cikgu,” balas Anis.

Tuu diaaaaaa… Terus rasa nak pergi ambil wuduk dan solat sunat taubat.

Aku punya macam tarzan kat depan dengan pelbagai gaya memberi penerangan, punya habis skill keluarkan nak bagi murid tumpu perhatian, datang seorang anak polos dan suci murni menukarkan tunjuk ajar aku kepada cerita uIar gitu je.

Hanya dengan mengangkat tangan dan bercerita tentang mimpinya, satu kelas bercerita pasal uIar. Habis pakat lupa topik Bundar yang aku ajar. Allahu, tak tahu rasa nak menangis atau nak ketawa. Sebak, sedih, kelakar semua bercampur baur dalam dada.

sajagempak.com - Ingatkan Angkat Tangan Sebab Tak Faham, Cikgu Terkejut Murid Tu Cakap ‘Cikgu,Semalam Saya Mimpi UIar Masuk Rumah’

” La, yeke. Cikgu dulu pun pernah kena kejar uIar tau. Masa tu cikgu main dalam semak. Nak dengar cerita uIar tak?” balasku pula.

” Nakkkkk cikguuuuuu!” serentak satu kelas menjawab. Berlari-lari murid dibelakang datang keliling aku ingin mendengar kisah uIar.

” Tapi lepas cikgu cerita, semua kena janji kita sambung belajar dan siapkan kerja ya!”

” Baik cikguuuu!” bergegar kelas dengan sahutan mereka.

Pedulikan Bundar, pedulikan Matematik. Pedulikan belajar. Kita bercerita tentang uIar dulu. Masa cerita pasal uIar, aku selit lah unsur Matematik sikit.

” Masa tu, cikgu jumpa telur uIar. Banyak tau. Cikgu kira ada 18 biji telur semuanya. Ibunya uIar keluar pergi bekerja agaknya masa tu. Tak ada kat sarang.”

” UIar mana kerja. Apa la cikgu ni,” sampuk mereka lepas tu kami ketawa sama-sama.

” Kemudian cikgu lihat, ada 3 biji telur telah pecah. Berapa lagi yang tak pecah?”

Semua murid pakat mengira. Habis jari tangan dibuka, kasut pun mereka buka juga nak kira 18 tolak 3. Haha.

sajagempak.com - Ingatkan Angkat Tangan Sebab Tak Faham, Cikgu Terkejut Murid Tu Cakap ‘Cikgu,Semalam Saya Mimpi UIar Masuk Rumah’

Begitulah kebiasaannya dalam kelas tahun 1 ni. Kadang-kadang murid-murid yang hasut cikgu pula. Terus tukar topik belajar kepada topik uIar. Habis bercerita, kami sambung belajar dengan gembira.

Benarlah kata pepatah English yang aku pernah baca, “If you can’t beat them, join them.”

Haaa, gituhhh.

Budak-budak ni suci murni. Tanpa rasa bersalah mencelah, tanpa rasa berdosa datang menagih kasih dari seorang guru.

Sumber : FB Mohd Fadli Salleh

Facebook Comments Box