Ingatkan Motosikal Rosak, Gadis Menangis Tersadai Tepi Jalan Kerana Tak Pandai Hidupkan Enjin Motosikal

Bagi kebanyakkan orang, menunggang motosikal itu adalah perkara yang amat mudah dilakukan. Namun begitu, tidak dinafikan segelintir pengguna tidak berapa pandai dan mengalami kesukaran untuk menghidupkan enjin motosikal mereka. Ingatkan Motosikal Rosak, Gadis Menangis Tersadai Tepi Jalan Kerana Tak Pandai Hidupkan Enjin Motosikal - sajagempak.com

Apa tidaknya, jika pengguna motosikal itu sepanjang masa gunakan ‘hand starter’ depan untuk hidupkan motosikal, bila ‘starter’ tu tak dapat hidup, maka dia mungkin lupa cara asas untuk hidupkan motosikal dengan ‘’kick starter’.

Aduh, macam mana pula tu? Kalau enjin tidak hidup maka motosikal pun akan tidak dapat digunakan. Akhirnya, penunggang motosikal itu mungkin tepraksa tersadai di tepi jalan raya seperti yang dialami oleh wanita ini.Ingatkan Motosikal Rosak, Gadis Menangis Tersadai Tepi Jalan Kerana Tak Pandai Hidupkan Enjin Motosikal - sajagempak.com

Dalam satu video yang viral, seorang gadis dilihat pasrah dan menangis di bahu jalan gara-gara tidak pandai start enjin motosikalnya. Ramai yang menyangkakan bahawa motosikal gadis itu berkemungkinan rosak tapi bukan.

Menurutnya, gadis itu tahu cara untuk bawa motosikal tapi tak pandai untuk hidupkan enjin motor tersebut.

“22 tahun, pandai bawa motor tapi tak pandai start motor. Nangis tepi jalan, itulah saya,” katanya.

VIDEO:

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 480 ribu tontonan, rata-rata netizen turut tak ketinggalan berkongsikan pengalaman dan pendapat masing-masing.

“Sama macam saya dulu, tebal muka minta tolong orang start kan motor. Adeh malu nak ingat balik haha” – ujar salah seorang pengguna.

Antara komen-komen netizen:

Ingatkan Motosikal Rosak, Gadis Menangis Tersadai Tepi Jalan Kerana Tak Pandai Hidupkan Enjin Motosikal - sajagempak.com

Pernah alami situasi sama..
Ingatkan Motosikal Rosak, Gadis Menangis Tersadai Tepi Jalan Kerana Tak Pandai Hidupkan Enjin Motosikal - sajagempak.comPandai start tapi tak pandai bawa..
Ingatkan Motosikal Rosak, Gadis Menangis Tersadai Tepi Jalan Kerana Tak Pandai Hidupkan Enjin Motosikal - sajagempak.com

 

Dalam komen yang ditinggalkannya, gadis ini memaklumkan dia kemudian telah dibantu oleh individu yang baik hati menolong.

Ingatkan Motosikal Rosak, Gadis Menangis Tersadai Tepi Jalan Kerana Tak Pandai Hidupkan Enjin Motosikal - sajagempak.com

Sumber: dyhamran

Facebook Comments Box