Ingatkan Patung, Tiba-tiba Saja Mengaum! Tak Sangka Lelaki Ini Bela Singa Putih Jadi Haiwan Peliharaan

Sebut sahaja haiwan peliharaan, mesti ramai yang sedia maklum yang antara haiwan peliharaan yang paling banyak didapati di dunia ini ialah kucing dan juga anjing. Selain daripada itu ada juga haiwan peliharaan lain yang disukai ramai seperti hamster, ikan, kura-kura dan sebagainya.Ingatkan Patung, Tiba-tiba Saja Mengaum! Tak Sangka Lelaki Ini Bela Singa Putih Jadi Haiwan Peliharaan - sajagempak.com

Namun ada tempat-tempat tertentu contohnya di negara-negara Arab,memelihara haiwan-haiwan buas seperti harimau dan singa sudah menjadi kebiasaan buat golongan yang memiliki kekayaan yang tidak terkira.

Baru-baru ini tular video mengenai seorang lelaki yang mengejutkan orang rsamai apabila memaparkan dirinya sedang bersantai dengan ditemani oleh sekor harimau putih! Pada mulanya, ingatkan harimau putih itu cuma patung, tapi ia tiba-tiba bergerak dan mengaum hingga menyebabkan pemilknya kelihatan turut terkejut.

VIDEO 1:

Perkongsian video oleh lelaki tersebut menggunakan akaun @humaidalbuqaish ini telah meraih lebih jutaan tontonan. Apabila diselidik, rupanya dalam akaun lelaki ini ada pelbagai video-video menarik memaparkan dirinya dan juga haiwan peliharaannya itu.

Adehh, selamba dia biar singa tu gigit tangan dia..

VIDEO 2:

Apesal jinak sangat sangat singa ni, nak juga bela satu pliss

VIDEO 3:

Selain daripada harimau putih, lelaki ini juga turut memiliki beberapa haiwan exotic lain seperti harimau bintang dan singa selain turut memiliki koleksi kereta-kereta mewah.Ingatkan Patung, Tiba-tiba Saja Mengaum! Tak Sangka Lelaki Ini Bela Singa Putih Jadi Haiwan Peliharaan - sajagempak.com

 

Walaupun kami tak pasti sama ada lelaki ini ada kebenaran untuk memelihara haiwan-haiwan tersebut, tapi boleh dilihat yang mereka kelihatan selesa bersama dia. Semoga lelaki ini menjaga haiwan-haiwan tu semua dengan baik.

Sumber: humaidalbuqaish

Facebook Comments Box