Ingatkan Ular Masuk Ke Dalam Rumah, Rupanya Ketam Nipah

Kalau kita ada menemui kehadiran apa-apa haiwan yang berbahaya dalam rumah seperti ular, kita dinasihatkan agar jangan mengambil tindakan sendiri untuk menghalaunya tetapi meminta pertolongan orang yang pakar atau mahir untuk menghalau atau menangkap haiwan-haiwan tersebut.Ingatkan Ular Masuk Ke Dalam Rumah, Rupanya Ketam Nipah - sajagempak.com

Baru-baru ini tular mengenai satu kisah pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar ketika melakukan operasi di sebuah rumah di Alor Janggus.

Menurut Ketua BBP Alor Setar, Ahmad Naufal Abdullah, pihak BOMBA telah menerima panggilan kecemasan seawal jam 10.02 pagi berkenaan kehadiran ular di rumah tersebut.

Sebaik sahaja menerima laporan, sepasukan anggota BOMBA dengan sebuah jentera yang diketuai Zulkifle Mat Esa segera dikejarkan ke lokasi dan tiba di sana pada jam 10.18 pagi.Ingatkan Ular Masuk Ke Dalam Rumah, Rupanya Ketam Nipah - sajagempak.com

Sampai di rumah pengadu, anggota-anggota Bomba pun segera melakukan pemeriksaan untuk mencari ‘ular’ yang dimaklumkan berada di bahagian dapur.

Ingatkan Ular Masuk Ke Dalam Rumah, Rupanya Ketam Nipah - sajagempak.com
Bukan ular tapi ketam!

Mereka kemudian perasan ada benda bergerak di bahagian rak pinggan mangkuk dan segera memeriksa puncanya.

Rupa-rupanya ia hanyalah seekor ketam nipah yang terlepas dan bukannya seekor ular. Adoi!

Ingatkan Ular Masuk Ke Dalam Rumah, Rupanya Ketam Nipah - sajagempak.com

Tuan Ahmad Naufal memaklumkan operasi pihak BOMBA di lokasi tamat pada jam 10.29 pagi.

Walaupun kisah ini mungkin melucukan bagi anda, tetapi tindakan mereka memanggil pihak BOMBA merupakan tindakan yang betul kerana jika ianya ular yang berbisa maka dikhuatiri berisiko berlaku sesuatu yang tidak diingini. 

p/s: Ketam tu pula mungkin dah jadi lauk dah sekarang. Haha.

Kredit: Bomba Alor Setar

Facebook Comments Box