Isteri Hilang Berjaya Ditemui Semula Selepas Suami Tawarkan RM43,100 Kepada Orang Yang Dapat Mencarinya

Seorang lelaki yang dikenali Khairuddin Siregar bingung dan tertanya-tanya kemana isterinya, Ervina Lubis hilang sejak 3 bulan lalu. Isterinya hilang ketika pergi ke Mall di Pekanbaru bersama dengan anak perempuan mereka.Isteri Hilang Berjaya Ditemui Semula Selepas Suami Tawarkan RM43,100 Kepada Orang Yang Dapat Mencarinya

Menurut anak perempuannya, ibunya tidak muncul-muncul selepas pergi ke tandas dan anak perempuannya pun segera memberitahu Khairuddin.

Selepas puas mencari merata-rata tempat, dia masih belum berjaya menemui isterinya ataupun sebarang maklumat dimana isterinya berada.

Isteri Hilang Berjaya Ditemui Semula Selepas Suami Tawarkan RM43,100 Kepada Orang Yang Dapat Mencarinya

Buntu dan kehabisan idea, Khairuddin Siregar akhirnya menawarkan wang sebanyak RM43,100 (Rp 150 juta) buat sesiapa yang dapat menemui isterinya. Khairuddin juga telah melaporkan kehilangan isterinya kepada pihak Polis.

Akhirnya usaha Khairuddin berjaya apabila ada orang berjaya menemui isterinya dan isterinya kini kembali ke rumahnya di Desa Tanjung Sawit, Kecamatan Tapung, Kabupaten Kampar, Riau.

Isteri Hilang Berjaya Ditemui Semula Selepas Suami Tawarkan RM43,100 Kepada Orang Yang Dapat Mencarinya

“Alhamdulillah, akhirnya dia pulang. Sekarang sudah ada sama saya di rumah,” kata Khairuddin.

Menurut Khairruddin, isterinya ditemui berada di Pondok Pesantren Al Fatah Temboro di Kabupaten Magetan, Jawa Timur (Jatim). Walaubagaimanapun, Khairruddin tidak dapat menjelaskan bagaimana isterinya, Ervina boleh berada di pondok tersebut.

Isteri Hilang Berjaya Ditemui Semula Selepas Suami Tawarkan RM43,100 Kepada Orang Yang Dapat Mencarinya

Khairuddin dan anak-anaknya bagaimanapun tetap bersyukur kerana Ervina berjaya ditemui dengan selamat.

Khairuddin Siregar juga sudah memberikan wang ganjaran kepada seorang individu yang tidak mahu dikenali yang telah berjaya menemui lokasi isterinya.

Kredit: Kompas

Facebook Comments Box