Isteri Lumpuh Sejak Dua Tahun Lepas, Suami Tetap Setia Menjaga Isterinya Dengan Penuh Kasih Sayang

Tidak semua pasangan mampu memaparkan sikap setia kepada pasangan masing-masing setelah diuji dengan pelbagai liku dalam rumah tangga yang dibina. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi pasangan yang sanggup menempuh onak duri demi mempertahankan perkahwinan yang dibina bersama.sajagempak.com - Isteri Lumpuh Sejak Dua Tahun Lepas, Suami Tetap Setia Menjaga Isterinya Denang Penuh Kasih Sayang

Senario diatas dialami sendiri oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Saiful Sudin, yang masih setia menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami terhadap isternya yang lumpuh iaitu Nor Fadillah Che Par.

Lumpuh seluruh badan hampir dua tahun!
Nor Fadillah Che Par yang berusai 29 tahun dilaporkan telah lumpuh seluruh badan hampir dua tahun setelah melahirkan anak sulung mereka pada 18 November 2018.

Sebelum disahkan lumpuh, Nor Fadillah koma selama tujuh bulan tanpa sempat menatap wajah cahaya mata sulungnya sejurus dilahirkan menerusi pembedahan.

 

Tenang jalankan tanggungjawab sebagai suami
Isterinya itu bukan sahaja tidak dapat bergerak, malah tidak mampu untuk bercakap dan hanya manghabiskan masa di atas katil sahaja. Namun, sebagai seorang suami, Saiful Sudin tetap tenang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami yang menjaga si isteri dengan penuh kasih sayang.

Malah, setiap hari dia membisikkan kata-kata semangat kepada isteri agar dapat kembali sembuh seperti sedia kala. Malah, dia juga tidak putus-putus berdoa kepada Yang Maha Esa untuk memberikan kesembuhan kepada isterinya.

sajagempak.com - Isteri Lumpuh Sejak Dua Tahun Lepas, Suami Tetap Setia Menjaga Isterinya Denang Penuh Kasih Sayang
Muhammad Syahmi menumpang kasih ibu saudara dan nenek selepas ibunya koma.

Anak tunggal tambah penguat semangat.
Bagi memperhebatkan lagi sokongan terhadap isteri, setiap hari dia akan menyuruh anak tunggal mereka, Muhammad Syahmi yang berusia setahun untuk mengucup ibunya.

Selain mengajar anaknya untuk memanggil ibunya, dia berharap perkara ini dapat membuatkan hubungan mereka jadi lebih akrab.

sajagempak.com - Isteri Lumpuh Sejak Dua Tahun Lepas, Suami Tetap Setia Menjaga Isterinya Denang Penuh Kasih Sayang

Kini, Muhammad Saiful berkata, dia hanya mampu bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sumbangan adik-beradik dan orang ramai untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas tidak dapat keluar untuk mencari rezeki.

Sumber: Sinar Harian, OMM

Facebook Comments Box