Biasanya haiwan seperti kucing, anjing, burung atau itik pasti akan cuba melarikan diri ke tepi setiap kali ada kereta atau kenderaan yang lalu berdekatan mereka.
Namun berbeza dengan seekor itik yang ditemui oleh seorang pemandu van ini di lebuh raya di Sussex. Menurut pemandu van, Roland Bowler yang menemui itik itu, haiwan itu dilihat terbang laju di lorong tengah Lebuh Raya M23 dekat Lapangan Terbang Gatwick.
Apa yang mengejutkan adalah itik itu malah siap mencelah diantara dua lori dan turut memintas van miliknya pada kelajuan yang hampir 100 kilometer sejam (km/j).
“Pada kebiasaannya, kita boleh melihat itik tersebut panik dan merempuh objek semasa terbang dalam ketakutan.
“Bagaimanapun, lain keadaannya dengan itik ini. Ia kelihatan seperti sedang menikmatinya dan terbang tanpa rasa takut.
“Kami mengekorinya sejauh 8 kilometer sebelum penumpang saya mengeluarkan telefon pintar dan merakam aksi itik itu terbang. Kami fikir haiwan itu sebenarnya terbang selaju 98 km/j (60 batu sejam),” kata Bowler.
VIDEO:
Rakaman video itik tersebut yang terbang dengan laju telah mendapat perhatian orang ramai yang masih-masih terkejut seakan tidak percaya dengan kelajuan itik tersebut.