Jangan Brek Jika Tayar Meletup Ketika Memandu, INI Yang Anda Perlu Tahu

Tayar merupakan salah satu komponen yang sangat penting dalam setiap kenderaan. Umum diketahui, pemanduan sesebuah kenderaan akan menjadi lebih baik dan lebih lancar jika tayarnya berkeadaan baik. Walaubagaimanapun, adakah anda tahu apa yang harus dilakukan sekiranya tayar kereta anda tiba-tiba meletup ketika anda sedang memandu di jalan raya?sajagempak.com - Jangan Brek Jika Tayar Meletup Ketika Memandu, INI Yang Anda Perlu Tahu

Kebanyakan orang jika berada dalam situasi sedemikian akan terus cuba menekan brek untuk menghentikan kereta. Walaubagaimanapun, jika anda sedang memandu dengan laju contohnya di highway, anda tidak seharusnya menekan brek sejurus tayar kereta anda meletup.

Dibawah ini ada lima tips panduan yang boleh anda gunakan jika mengalami situasi tayar meletup:

1. Kekal tenang sebaik mungkin dan pegang stereng dengan kuat menggunakan kedua-dua belah tangan.

2. Jauhkan kaki daripada brek. Geseran daripada tayar yang pecah akan memperlahankan kenderaan anda dengan sendirinya.

sajagempak.com - Jangan Brek Jika Tayar Meletup Ketika Memandu, INI Yang Anda Perlu Tahu

3. Tetap pada laluan anda dan jangan cuba menukar arah atau memberi laluan kepada kenderaan lain.

4. Sekiranya anda menggunakan kereta manual, perlahan-lahan tukar kepada gear rendah. Jika kereta jenis automatik, jangan tukar gear sebaliknya kekal sahaja pada gear D.

5. Apabila kenderaan sudah mulai perlahan pada kelajuan bawah 50 km/j, perlahan-lahan tekan brek sehingga kenderaan anda berhenti.

Paling penting, jangan panik untuk memastikan kenderaan anda stabil dan tidak menyebabkan kemalangan kepada diri dan pengguna jalan raya yang lain. Periksa tayar kenderaan anda setiap kali sebelum memulakan perjalanan.

Sangat penting untuk anda supaya jangan terus panik supaya tidak menyebabkan insiden yang tidak diingini iaitu kemalangan pada diri sendiri atau ppada orang lain.

sajagempak.com - Jangan Brek Jika Tayar Meletup Ketika Memandu, INI Yang Anda Perlu Tahu

Walaubagaimanapun, mencegah itu sentiasa lebih bagus daripada mengubati. Oleh itu pastikan anda selalu memeriksa keadaan tayar kenderaan anda dari semasa ke semasa dan pastikan dalam keadaan elok.

Sumber:  PDR

 

Facebook Comments Box