Jari Melepuh Teruk Akibat Suka GIGlT Kuku

Memang ramai orang yang mempunyai tabiat menggigit kuku terutama apabila memikirkan sesuatu ataupun menonton TV. Namun, meskipun mereka juga sudah sedia maklum bahawa menggigit kuku adalah satu habit atau tabiat yang tidak bagus, namun kadang-kadang mereka tetap juga gigit kuku pada masa tertentu.sajagempak.com - Jari Melepuh Teruk Akibat Suka GIGlT Kuku Seorang wanita memberi amaran kepada golongan yang suka menggigit kuku mereka agar tidak melakukannya lagi selepas rakannya dijangkiti kuman yang mungkin membawa maut.

Wanita dari Scotland itu telah memuatnaik satu posting di Facebook miliknya bersama gambar-gambar kuku yang terkena jangkitan serta memberi amaran kepada orang ramai tentang potensi bahaya akibat daripada tabiat buruk itu.

Beliau juga memaparkan gambar jari telunjuknya dengan lepuh berwarna kuning yang menonjol dari kulit.

sajagempak.com -Jari Melepuh Teruk Akibat Suka GIGlT Kuku

Selepas cuba menyembuhkan jangkitan dengan produk-produk ‘kaunter’, rakannya bergegas ke Glasgow Royal Infirmary apabila sedar ia tidak juga pulih.

sajagempak.com - Suka Mengigit Kuku, Jari Wanita Menjadi Teruk Selepas Terkena Jangkitan Hingga Merebak Ke Lengan

Walaupun mendapat nasihat daripada dua orang ahli farmasi, rakannya diberitahu bahawa jari itu mungkin boleh membawa kesan lebih teruk jika dibiarkan lebih lama lagi kerana jangkitan tersebut telah merebak hingga ke lengannya.

sajagempak.com - Suka Mengigit Kuku, Jari Wanita Menjadi Teruk Selepas Terkena Jangkitan Hingga Merebak Ke Lengan

Melalui Facebook wanita itu, rakannya mula menggigit kuku selepas dibuIi di sekolah dan tabiatnya menjadi lebih buruk apabila dia memotong kuku pada ibu jari pada tahun 2014.

sajagempak.com - Suka Mengigit Kuku, Jari Wanita Menjadi Teruk Selepas Terkena Jangkitan Hingga Merebak Ke Lengan

Tabiat gigit kuku ini memang agak susah untuk dihentikan buat sesiapa yang sudah biasa melakukannya. Namun, diharapkan sesiapa yang punyai tabiat menggigit kuku ini boleh cuba kurangkan tabiat tersebut dan kemudiannya terus berhenti.

Sumber: The Sun / Siakap Keli

Facebook Comments Box