Baru-baru ini tular satu video mengenai seorang wanita di aplikasi TikTok. Jika dilihat sekilas pandang, video berkenaan kelihatan perkongsian biasa saja namun satu kelainan pada wanita tersebut telah menarik perhatian ramai. Ini kerana jari wanita itu kelihatan tidak seperti jari normal.
Video yang telah tular di media sosial itu telah dikongsi oleh seorang wanita, Fatin Najwa di akaun TikToknya.
Menerusi video tersebut, Ateyn mempunyai masalah keadaan jari yang berbeza daripada orang lain dan dia telah mengalami masalah tersebut sejak kecil lagi serta berpanjangan sehingga dewasa.
Menurutnya lagi, penyakitnya itu tumbuh juga di sekitar kawasan mata, lutut serta di belakangnya. Akibat daripada itu, dia berasa sukar untuk mengemas rumah atau membersihkan lauk-lauk yang basah seperti ayam atau ikan.
Walaupun, sakit pedih ketika memasak namun dia masih lagi meneruskan kerjanya itu tanpa mengeluh.
Dikatakan sakit keturunan, ada juga ahli keluarga lain yang mengalami keadaan sama..
Penyakit yang dihadapi oleh wanita berkenaan sebenarnya sukar untuk sembuh dan ianya juga dialami oleh ahli keluarga yang lain. Walaupun, dia telah mencuba pelbagai kaedah rawatan seperti kaedah tradisional ataupun moden masih tiada hasil untuk dirinya sembuh.
Katanya juga, andai suatu hari nanti dia jumpa penawar untuk penyakitnya itu, dia berasa sangat syukur. Walau bagaimanapun, dia masih bersyukur kerana suaminya masih menerima seadanya.
‘Syukur lah dapat suami yang terima kekurangan’ katanya.