Jumpa Batu Permata Bernilai RM13.8 Juta, Lelaki Tunaikan Janji, Bina Sekolah, Pasaraya Untuk Penduduk Setempat

Meskipun dirinya sudah menjadi jutawan dan kaya-raya, namun lelaki pelombong ini tidak lupa diri.Jumpa Batu Permata Bernilai RM13.8 Juta, Lelaki Tunaikan Janji, Bina Sekolah, Pasaraya Untuk Penduduk Setempat

Seorang pelombong, Saniniu Kuryan Laizer, dari Tanzania menjadi jutawan sekelip mata apabila berjaya menemui batu permata paling berat di dunia.

Laizer yang rajin bekerja melombong untuk mencari hasil mineral di kawasan utara Bukit Mirerani mengejutkan ramai pihak setelah penemuan batu permata jenis Tanzanite seberat 9.27 kilogram (kg) dan 5.1kg.

Malah, batu permata rare yang berwarna ungu kebiruan itu bernilai lebih RM13.8 juta dan berjaya dijuαl semula kepada kerajaan.

Namun, pelombong batu permata tersebut tidak mahu bersendirian dan berjanji untuk berkongsi rezekinya dengan membina sebuah sekolah dan pasar raya untuk penduduk setempat.Jumpa Batu Permata Bernilai RM13.8 Juta, Lelaki Tunaikan Janji, Bina Sekolah, Pasaraya Untuk Penduduk Setempat

Biarpun sudαh 12 bulan berlalu, kisahnya kembali meraih perhatian setelah Laizer mengotakan janjinya membina sebuah sekolah rendαh yang sudah siap dibina di kawasan berhampiran kediamannya di perkampungan Naepo, Simanjiro.

Sebanyak RM839,002 diperuntukkan untuk membina sekolah tersebut dengan kemudahan enam bilik darjah, pejabat pengurusan termasuk bilik pentadbiran, guru besar, penolong guru besar dan bilik mesyuarat.

Lebih kurang 150 orang murid tahap satu akan didaftarkan di sekolah ini dan ia bakal diserahkan kepada kerajaan untuk melantik guru yang layak.Jumpa Batu Permata Bernilai RM13.8 Juta, Lelaki Tunaikan Janji, Bina Sekolah, Pasaraya Untuk Penduduk Setempat

Laizer juga berhasrat untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk menαmbah beberapa bangunan di sekolah itu untuk menampung lebih ramai murid.

“Kalau boleh, sekolah ini menjadi medium bahasa Inggeris selain saya berhasrat dan memasang impian membina asrama untuk murid sekolah yang memerlukan,” katanya.

Kini, batu permata Tanzanite itu disimpan di muzium negara tersebut dan kisah Laizer yang berhati mulia juga boleh dikatakan antara kisah benar yang boleh dijadikan contoh.

Sumber: CNBC News

Facebook Comments Box