Jumpa Cengkerang Pelik Dan Membawanya Pulang, Lelaki Jadi Jutawan Selepas Terjumpa Mutiara Oren Paling Sukar Ditemui Di Dunia

Seorang lelaki tidak menyangka akan tuah nasibnya apabila menemui sejenis mutiara yang jarang ditemui dianggarkan bernilai kira-kira 250,000 Pound Sterling (RM1,397,860).Jumpa Cengkerang Pelik Dan Membawanya Pulang, Lelaki Jadi Jutawan Selepas Terjumpa Mutiara Oren Paling Sukar Ditemui Di Dunia

Mutiara berwarna oren memiliki berat 7.68 gram.

Semuanya bermula apabila Hatachai Niyomdecha, berjalan bersama keluarganya di pantai sebelum terlihat satu pelampung hanyut berhampiran pantai wilayah Si Thammarat.

Lelaki berusia 37 tahun itu membawanya ke rumah dan mahu mengetahui isi dalamnya selepas mendapati tiga cengkerang tersangkut padanya.

Hatachai dan adiknya membawa cengkerang itu kepada bapa mereka, Bangmad, 60, yang kemudian membersihkannya sebelum menemui mutiara berkenaan.

Jumpa Cengkerang Pelik Dan Membawanya Pulang, Lelaki Jadi Jutawan Selepas Terjumpa Mutiara Oren Paling Sukar Ditemui Di Dunia

Mutiara itu sebenarnya dikenali oren Melo antara yang jarang dijumpai. Mutiara Melo merupakan spesies mutiara yang tidak boleh dibiakkan seperti mutiara-mutiara lain. Ia dipercayai hanya boleh dihasilkan secara semulajadi oleh sejenis siput laut bernama Melo Melo dari spesies Volutidae. Oleh itu, ia amat jarang ditemui, membuatkan harganya menjadi sangat mahal.

Ia biasa ditemui dalam cengkerang siput dikenali Melo Melo namun mereka menemuinya dalam cengkerang tiram.

Jumpa Cengkerang Pelik Dan Membawanya Pulang, Lelaki Jadi Jutawan Selepas Terjumpa Mutiara Oren Paling Sukar Ditemui Di Dunia

Hatachai dan isterinya merancang menjual mutiara itu dengan nilai tinggi dan mengesahkan sudah ada senarai pembeli yang berminat.

“Saya mahu menjual mutiara itu dengan harga paling tinggi. Wang itu tidak akan mengubah hidup saya, tetapi nasib saya.

Jumpa Cengkerang Pelik Dan Membawanya Pulang, Lelaki Jadi Jutawan Selepas Terjumpa Mutiara Oren Paling Sukar Ditemui Di Dunia

“Seluruh keluarga saya akan mempunyai kehidupan lebih baik,” katanya seperti dilaporkan Daily Star.

Facebook Comments Box