Macam mana reaksi anda jika mengetahui diri anda tidur ditemani belasan ekor ular di katil anda? Mesti ramai yang akan terperanjat dan menggigil bukan? Kes ular masuk kedalam rumah memang sudah agak kerap kita dengar dan berlaku bukan sahaja di negara kita tapi juga hampir di semua negara di dunia ini.
Baru-baru ini tular satu kejadian menggerunkan yang berlaku di Amerika Syarikat apabila seorang wanita menemui belasan ekor ular bersarang di bawah katil di biliknya.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Trish Wilcher itu,ketika dia mahu tidur, dia perasan satu gumpalan di atas lantai ketika berada di bilik tidur keluarganya di Augusta.
Dia kemudian mahu mengambil gumpalan itu namun, tiba-tiba saja gumpalan itu bergerak-gerak!
“Sebelum tidur, saya ternampak benda bergumpal di atas lantai dan mahu mengambilnya, namun ia tiba-tiba saja bergerak,” – katanya
Alangkah terkejutnya dia saat menyedari gumpalan itu sebenarnya adalah anak ular. Wilcher dan suaminya, Max pun menyelongkar bilik dan tergaman apabila menemui kesemua 18 ekor ular iaitu seekor ibu ular dan 17 anak ular.
Ibu ular itu dipercayai baru sahaja melahirkan 17 anak-anak ular didalam bilik tidur tersebut.
Mereka mendapatkan pertolongan seorang penangkap hidupan liar yang dikenali sebagai Dan untuk memeriksa rumah dan mengambil ular-ular tersebut sebelum melepaskan di sebuah tempat berdekatan dengan sungai.
Menurutnya, ular-ular tersebut adalah dipercayai spesis Dekay’s Brownsnake dan tidak berbisa. Sementara itu, mereka turut dipuji oleh netizen kerana mengeluarkan ular-ular berkenaan dengan cara baik dan selamat serta tidak membunuhnya.