Rumah berpenunggu tidak semestinya rumah yang sudah tidak berpenghuni. Pernahkah anda duduk di rumah dan terdengar bunyi-bunyi pelik terutama pada waktu malam tapi tidak tahu apa puncanya dan selalu anda bersangka mungkin disebabkan angin atau kucing, cicak dsb. Pernah dengar bunyi macam guli jatuh ke lantai dan bunyi macam pintu atau almari dibuka?
Pernah ada pengalaman masak nasi tapi beberapa jam kemudian nasi sudah basi meskipun disimpan baik? Kejadian-kejadian ini mungkin merupakan salah satu petanda akan kehadiran ‘orang ketiga’ yang menumpang di rumah anda tanpa anda sedar.
Berikut adalah 10 petanda rumah ada kehadiran ‘orang ketiga’ atau tetamu tidak ‘diundang’:
1. Rasa seperti diawasi
Sebelum ini anda langsung tiada rasa takut tinggal seorang diri di rumah tetapi secara tiba-tiba perasaan tidak tenteram dan rasa seperti diawasi menyelubungi diri. Jantung juga kadang-kada menjadi cepat berdegup.
Bagi yang lemah semangat, situasi itu memang membuatkan anda berasa takut yang boleh mengundang perasaan panik dan bimbang.
2. Sukar tidur
Biasanya pukul 10 malam dah terlelap tetapi sejak kebelakangan ini anda sukar tidur malah berasa gelisah sejurus naik ke atas katil.
Jika dapat tidur pun, anda biasanya akan kerap terjaga dan lebih menyeramkan punca anda terjaga itu kerana merasakan sepereti ada orang lain di dalam bilik anda, sedangkan hanya anda seorang sahaja di rumah.
Tidak cukup dengan itu, jika anda selalu terlihat kelibat melintas pada pandangan ekor mata – petanda rumah anda ada penunggunya!
3. Bau wangi atau busuk yang menusuk
Petanda lain adalah anda sering tercium bau wangi yang menusuk berbeza dengan wangian yang sering digunakan. Tidak hanya bau wangi, ia boleh menjadi bau busuk yang tidak anda ketahui puncanya. Kadang-kala berbau seperti asap kemenyan. Awas… ia mungkin petanda yang kurang baik.
Bisikan atau gangguan boleh menjadi petanda rumah anda berhantu.
4. ‘Main’ peralatan elektrik
Bayangkan ketika anda sedang seronok menonton televisyen namun salurannya tiba-tiba bertukar, wahal alat kawalan jauh berada di atas meja.
Tidak cukup itu, kipas dan lampu dimatikan – yang peliknya hanya bahagian tertentu sahaja terpadam. Itu tanda yang perlu anda berikan perhatian.
5. Disentuh, jejak kaki
Merasakan seperti disentuh ‘sesuatu’ sehingga naik bulu tengkuk anda adalah petanda rumah anda ada pihak ‘ketiga’. Sudahlah disentuh, ada pula suara aneh di malam hari selain terdengar bisikan atau jejak kaki yang menyeramkan.
6. Rambut panjang
Nak kata ada perempuan dalam rumah, anda orang bujang yang tingga seorang diri tapi yang peliknya setiap kali bangun tidur pasti akan ada rambut panjang di lantai. Siapa punya?
7. Pergaduhan
Bagi yang sudah berkahwin atau tinggal bersama keluarga – hubungan akrab yang tiba-tiba bertukar menjadi benci adalah petanda rumah anda ada makhluk halus yang mengganggu rumah tangga anda.
Pantang si isteri buat salah sedikit memang bergaduh besar sehingga berlarutan dan menyebabkan perceraian. Hati-hati.
8. Selalu ada orang sakit
Rumah anda akan ada orang yang sentiasa sakit – sama ada orang yang sama atau berganti-ganti. Peliknya, penyakit itu tidak pula diketahui puncanya namun ia kebiasaannya berkaitan dengan gangguan jin.
9. Jelmaan
Pernah terlihat kelibat isteri atau suami di dalam rumah sebelum menyedari mereka sebenarnya tidak ada di rumah? Itu adalah petanda kediaman anda dihuni jin.
10. Pengsan, jatuh sakit
Sekiranya anda memang sudah diganggu makhluk halus, masuk ke rumah yang berpenunggu akan menyebabkan kepala berasa pening atau gelisah. Dalam kes tertentu, anda berasa takut malah boleh pengsan dan jatuh sakit secara tiba-tiba.
Jika pengalaman ini sedang anda lalui, cara terbaik ialah dengan mendapatkan bantuan pengamal perubatan Islam yang betul untuk meminta nasihat.
Bagi umat Islam pula, banyak cara diajar Rasulullah SAW ketika berada di dalam rumah.
Antaranya banyak mengamalkan bacaan ayat-ayat al-Quran, membaca ayat Kursi, surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Nas masing-masing tiga kali sebelum tidur selain membaca Bismillah 21 kali.
Ayat-ayat suci ini antara kelebihan yang dapat melindungi seseorang daripada gangguan makhluk halus dan sihir serta kejahatan manusia.
Sentiasa berada dalam keadaan berwuduk serta menjaga solat lima waktu juga antara faktor boleh menghindari gangguan jin dan perkara-perkara lain.
Kredit: mStar