Jumpa Ulat Gonggok Gergasi Ketika Berkelah, Orang Ramai Terkejut Melihat Gadis Ini Berani Memegangnya

Seorang gadis yang dikenali sebagai Siti Aisyah Humairah Zuhairi, 21 telah menemui seekor ulat gonggok bersaiz gergasi ketika berkelah bersama keluarganya di Air Terjun Lata Janggut, Jeli, Kelantan. Jumpa Ulat Gonggok Gergasi Ketika Berkelah, Orang Ramai Terkejut Melihat Gadis Ini Berani Memegangnya - sajagempak.com

Selalunya ulat gonggok yang selalu kita jumpa bersaiz kecil sahaja tetapi ulat gonggok yang dijumpai oleh gadis ini tersangat la besar. Biasanya orang ramai terutamanya dikalangan kaum wanita akan berasa takut jika melihat sesuatu yang diluar kebiasaan, namun lain pula yang berlaku terhadap gadis ini.

Ingatkan gadis ini akan menjerit atau segera lari menjauhkan diri, tetapi dia malah memegang ulat gonggok gergasi itu dan mengambil gambar dan video sebagai kenangan.

Video yang dikongsikannya di Instagram mencuri perhatian ramai orang yang rata-rata terkejut dengan saiz ulat gonggok dan juga keberanian gadis ini memegangnya tanpa rasa takut. Jumpa Ulat Gonggok Gergasi Ketika Berkelah, Orang Ramai Terkejut Melihat Gadis Ini Berani Memegangnya - sajagempak.com

Rupanya gadis ini merupakan peminat haiwan eksotik dan dia memberitahu dirinya iada masalah nak sentuh atau pegang serangga, lipas, katak atau ular sejak kecil lagi.

Menurutnya, ini merupakan kali pertama dia jumpa ulat gonggok bersaiz besar seperti itu dan sebelum ini hanya biasa jumpa yang bersaiz kecil sahaja. Oleh itu dia berasa sangat teruja apabila jumpa ulat gonggok gergasi seperti itu.

 Jumpa Ulat Gonggok Gergasi Ketika Berkelah, Orang Ramai Terkejut Melihat Gadis Ini Berani Memegangnya - sajagempak.com

“Selalu main dengan ulat gonggok saiz kecil saja, ini kali pertama dapat jumpa yang saiz besar… jadi sangat teruja,” – ujarnya.

“Ada juga yang komen salah anggap saya ingin memakannya kerana waktu pegang ulat gonggok itu kebetulan saya juga pegang pengepit makanan kerana kami sekeluarga ada buat barbeku.

“Saya cuma teruja saja melihat saiznya yang luar biasa dan ambil peluang untuk pegang sendiri. Jumpa Ulat Gonggok Gergasi Ketika Berkelah, Orang Ramai Terkejut Melihat Gadis Ini Berani Memegangnya - sajagempak.com

“Alhamdulillah, tiada sebarang jangkitan pada jari atau tangan saya cuma ada cecair lepuh (blister) sedikit namun ia hilang selepas dua hari”

Siti Aisyah Humairah juga memberitahu meskipun dia suka melihat dan memegang haiwan eksotik, tetapi dia belum ada niat untuk membelanya. Jumpa Ulat Gonggok Gergasi Ketika Berkelah, Orang Ramai Terkejut Melihat Gadis Ini Berani Memegangnya - sajagempak.com

“Disebabkan saya berani pegang lipas, jadi saya sering juga menjadi penyelamat menangkap serangga itu ketika di rumah atau asrama dan ada kalanya sempat menyakat rakan perempuan lain.

VIDEO:

Mengenai perkongsian videonya yang tular, gadis ini mengakui terkejut video itu boleh tular kerana baginya itu adalah biasa sahaja. Tambahnya lagi, video itu mungkin jadi perhatian sebab biasanya perempuan akan geli atau takut apabila terjumpa serangga seperti itu.

Facebook Comments Box