Jumpa Warga Emas Jalan Kaki Pikul Barang Berat, Wanita Tumpangkan Mereka Ke Rumah Buat Ramai Sebak

Melihat pasangan warga emas letih mengerah kudrat untuk berjalan jauh sudah pasti akan menyentuh hati sesiapa pun yang ada perikemanusiaan. Terbayang-bayang macam mana kalau may ayah kita pun dalam keadaan yang sama, mesti automatik air mata menitis jatuh.Jumpa Warga Emas Jalan Kaki Pikul Barang Berat, Wanita Tumpangkan Mereka Ke Rumah Buat Ramai Sebak

Seorang wanita berkongsikan kisah sayu ketika ternampak pasangan warga emas berjalan kaki di tepi jalan besar. Apa yang menyedihkan ialah mereka membawa barang yang berat bersama mereka dan terpaksa pula berjalan jauh.

Tumpangkan balik rumah
Menerusi perkongsian di aplikasi Tiktok milik Athirahzaharii, wanita berkenaan telah berkongsi video menumpangkan pasangan suami isteri warga emas yang berjalan kaki di tepi jalan besar menuju ke rumah mereka.

Dari riak wajah pasangan tersebut, dapat dilihat mereka seakan sudah letih kerana berjalan kaki sambil memikul barangan berat berkemungkinan dari tempat yang agak jauh menuju ke rumah.

VIDEO PART 1:

Dengar luahan hati mereka
Menurut Athirah, pasangan warga emas berkenaan terus menaiki kereta selepas dipelawa kerana sudah penat berjalan. Dia menghantar mereka ke rumah dan sempat berbual mendengar cerita daripada suami isteri itu.

Dia juga memberikan hadiah tuala kepada mereka apabila kebetulan baru membelinya sebelum menumpangkan pasangan itu pulang ke rumah.

VIDEO PART 2:

Pesan selalu datang sebab sunyi
Ketika hendak pulang, dia berasa begitu sedih apabila wanita berusia yang dipanggil ‘mak’ itu datang ke kereta dan berpesan menjenguk mereka di lain waktu kerana berasa sunyi hidup berdua.

VIDEO PART 3:

Air mata tak boleh henti keluar
Perkongsian video yang dibuat Athirah Zahari itu telah meraih lebih dari 1.5 juta tontonan di Tiktok. Rata-rata daripada wargnet telah meninggalkan komen dengan memaklumkan turut berasa seb@ak melihat pasangan warga emas itu berjalan kaki sambil membawa barangan yang banyak.

Mereka juga mengakui teringat akan ibu bapa masing-masing yang juga sudah dimamah usia dan mahu terus berbakti kepada mereka hingga akhir usia. Antara komen-komen netizen:

Sumber AthirahZaharii via omm

Facebook Comments Box