‘Itu adalah cinta pandang pertama’ Itulah yang diakui oleh wanita yang dikenali sebagai Meirivone Rocha Moraes.
Baru-baru ini tular mengenai seorang wanita berusia 37 tahun yang dikenali sebagai Meirivone Rocha Moraes dari Brazil yang nekad untuk berkahwin dengan patung kain.
Sebelum ini, wanita ini sering datang ke majlis tari menari tapi belum dapat bertemu dengan pasangan yang sesuai dengannya.
Ibunya kemudian menjahit satu patung kain dan memperkenalkan patung itu kepada anaknya, Moraes bagi menghiburkannya
“Ketika ibu saya membuat Marcelo dan pertama kali memperkenalkan saya kepadanya, saya jatuh cinta.
Kerana terlalu bosan ditanya mengenai jodoh, Moraes nekad untuk berkahwin dengan patung yang diberi nama Marcelo itu.
Apa yang lagi mengejutkan adalah Moraes dan ‘suaminya’ itu juga turut bernikah seperti pasangan lain dan didaftarkan secara rasmi!
Perkahwinan mereka dihadiri oleh 250 orang tetamu dan Moraes dan ‘suami’ kemudian pergi berbulan madu selama seminggu di Rio de Janeiro.
“Dia adalah lelaki yang selalu saya inginkan dalam hidup. Kehidupan berumah tangga dengannya adalah indah.
“Kami tidak bergaduh dan bertengkar kerana Marcelo adalah suami yang hebat dan setia,” kata Moraes.
Lagi mengejutkan adalah wanita ini juga memberitahu dia telah melahirkan anak hanya dalam 35 minit dengan bantuan seorang doktor dan jururawat.
Gambar ‘sekeluarga’
Kredit: Metro.uk