“Kalau Betul Saya Dapat RM40 Ribu Satu Malam, Buat Apa Nak Berlakon Lagi” – Chacha Maembong

Chacha Maembong dikaitkan dengan salah seorang artis yang terlibat dengan SINDlKlT peIacuran kelas atasan yang dibayar antara RM20,000 sehingga RM40,000 untuk satu maIam. Adik kepada Emma Maembong itu bagaimanapun menafikan keras dakwaan tersebut.sajagempak.com - “Kalau Betul Saya Dapat RM40 Ribu Satu Malam, Buat Apa Nak Berlakon Lagi” - Chacha Maembong

“Kalau betul saya dapat RM40,000 satu malam, buat apa nak berlakon lagi?” – katanya. Chacha mengatakan tuduhan tersebut adalah sengaja dibuat untuk menjatuhkan dirinya dengan menjejaskan kerjaya dan perniagaannya.

“Saya bekerja dari dulu sampai sekarang memang cari rezeki. Orang nak cakap apa dan fitnah macam-macam, teruskan. Satu hari akan terbukti juga. Semalam keluar gosip kaitkan nama saya dalam skandal RM40,000. Ramai mesej peribadi (DM) di Instagram dan komen.

sajagempak.com - “Kalau Betul Saya Dapat RM40 Ribu Satu Malam, Buat Apa Nak Berlakon Lagi” - Chacha Maembong

Kalau betul, saya tak perlu berlakon dan kerja. Tapi itulah, semua itu mulut orang dan kaitkan dengan perangai saya dulu. Apabila saya sudah berubah pun, orang tetap kaitkan lagi dengan perangai lama saya. Bagi saya, ia adalah lumrah mulut orang,” katanya.

“Beberapa hari lalu saya ada keluarkan kenyataan di Instagram mengenai perkara ini sebab terlalu banyak fitnah yang dilemparkan. Konon saya tipu duit orang dengan produk saya. Mereka kata produk saya datang dari wang haram.”

sajagempak.com - “Kalau Betul Saya Dapat RM40 Ribu Satu Malam, Buat Apa Nak Berlakon Lagi” - Chacha Maembong

“Saya perlu menjelaskan perkara ini demi menjaga reputasi produk saya apatah lagi ia masih baru di pasaran. Lagi pula ini kerjasama saya dengan Alken dan tidak ada kaitan langsung dengan aktiviti haram itu.”

sajagempak.com - “Kalau Betul Saya Dapat RM40 Ribu Satu Malam, Buat Apa Nak Berlakon Lagi” - Chacha Maembong

Menurut Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Binti Ismail lagi, dia akan menngambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang mengaitkannya dengan aktiviti Macam Scam. Tambah artis yang berusia 24 tahun itu lagi, tuduhan tersebut boleh menjejaskan bisnes, kerjaya dan juga secara tak langsung nama ahli keluarganya yang lain turut terkesan.

Kredit: Harian Metro

Facebook Comments Box