‘Kalau Tak Datang, Sah-sah Anak Makan Nasi Bulu Ayam Tu..’

Ibu Luah Rasa Kesal Anak Dihidang Nasi Ayam Dengan Bulu Bersepah. Sebelum ini tular dengan isu murid-murid sekolah terutamanya murid Tahun Satu ditipu oleh pengusaha kantin sekolah ketika urusan pembayaran makanan. Kali ini pula, seorang wanita mendedahkan sikap pengusaha kantin yang tidak menjaga kebersihan makanan yang dijual kepada murid.sajagempak.com - 'Kalau Tak Datang, Sah-sah Anak Makan Nasi Bulu Ayam Tu..'Wanita itu hanya mengetahui perkara itu ketika dia ingin menyerahkan wang tunai kepada anaknya kerana dia menyedari anaknya tertinggal wang belanja.

Semasa melihat anaknya mahu makan, dia menyedari ayam dalam hidangan anaknya tidak disediakan dengan bersih. Dia juga memberikan peringatan kepada ibu bapa di luar sana agar berhati-hati dengan kejadian seperti ini.

“KALAU TAK DATANG, SAH-SAH ANAK MAKAN NASI BULU AYAM TU”

Ini kejadian baru haaaa, bukan tipu. Madam pergi sekolah anak sebabnya anak terlupa bawa duit. Nak masuk hantar duit, guard tak bagi. Alasan guard bagi, “Tak boleh masuk dah kak, Cikgu besar tak bagi.”

Madam cakaplah, “Anak saya tak bawak duit, habis nanti anak saya nak makan apa?”

Guard pun terpaksa bagi dengan muka kelat. Yes, madam faham guard itu pun cari makan. Dia kena ikutlah arahan boss dia.

Anak belilah nasi. Sekali nahhhh, ini dia nasi first bulu bersepah. Madam pun cakap kat anak, “Tak payah makan, ibu hantar balik”. Dah madam pergi hantar, madam cakaplah, “Tengok ni, bulu ayam bersepah.”. Dia (kantin) bagi nasi baru, ucap minta maaf pun tidak.

sajagempak.com - 'Kalau Tak Datang, Sah-sah Anak Makan Nasi Bulu Ayam Tu..'

Nasi kedua pun ada bulu tapi tak sebanyak nasi yang pertama tadi. Jadi madam buang pakai tangan ja bulu itu. Ini kalau madam tak datang, sah-sah anak makan nasi bulu ayam tu. Budak, tau apa kan??

Guru Besar tak bagi bawa masuk makanan luar kononnya makanan luar kotor, tak sihat. Kalau Guru Besar nak cakap “Kalau takut, bawa makanan dari rumah”. Kalau dah begitu, baik tutup saja kantin. Senang.

So apa jaminan makanan di kantin sihat walafiat? Ini sihat ke? Parents ini ibarat musuh. Kot mana pun parent salah. Complaint la lagu mana pun. Nanti Guru Besar ‘sekolahkan’ parent juga.

“KENAPA MESTI VIRAL? PUAN NAK TUTUP PERIUK NASI SAYA KE?”

Status Facebook pengadu itu dimuat naik ke media sosial pada 4 Februari 2020 dan semalam, pengusaha kantin sekolah berkenaan tampil mempertahankan diri dan mendakwa pengadu cuba menutup periuk nasinya.

sajagempak.com - 'Kalau Tak Datang, Sah-sah Anak Makan Nasi Bulu Ayam Tu..'

Menurut pengusaha berkenaan, ibu kepada murid itu sepatutnya berjumpa dengan pihaknya dulu, bukan menyebarkan perkara itu di media sosial. Malah, dia memohon maaf di atas kecuaian pihaknya yang menghidangkan makanan yang tidak bersih itu.

“Mungkin cuai pekerja saya buat kerja tapi benda dah tukar. Pekerja saya dah bagi yang lain. Ya betul silap kami dan kami memohon maaf. Tetapi kali ini baru berlaku dan kenapa mesti viral? Kenapa puan tak datang jumpa saya sendiri? Puan nak tutup periuk nasi saya ke?

“Kalau bagitau sekurang-kurangnya saya boleh menegur pekerja saya sebab pekerja saya baru bekerja tak sampai dua bulan. Kalau puan rasa tak puas hati, tolong datang dekat kami dulu. Kita ada undang-undang sebelum nak viral. Saya pun dapat malu sangat dengan isu ini. Boleh ke saya saman malu sebab nak menjatuhkan periuk nasi saya?” katanya.

Disebabkan viral itu juga, pengusaha kantin berkenaan telah membuang pekerja yang melakukan kecuaian itu.

KES SELESAI

Difahamkan, pengadu telah berjumpa dengan pihak sekolah dan kes telah diselesaikan dengan cara baik. Pengadu menjelaskan dia tidak bertujuan menutup periuk nasi pengusaha kantin itu, tetapi untuk membuka mata pelbagai pihak.

Kredit: The Reporter

Facebook Comments