Kanak-kanak Dilarikan Perompak Dipulangkan Semula Dengan Kereta Yang Dicuri

Seorang kanak-kanak berumur 6 tahun berdepan dengan detik cemas apabila dilarikan oleh seorang perompak pagi tadi menaiki sebuah kereta Proton Exora.sajagempak.com - Kanak-kanak Dilarikan Perompak Dipulangkan Semula Dengan Kereta Yang Dicuri

Berdasarkan laporan Harian Metro, kanak-kanak lelaki berkenaan yang dilarikan perompak di Cabang Tiga, Kemubu, Kota Bharu, pagi tadi telah ditemui selamat.

Kanak-kanak berusia enam tahun dilarikan perompak bersama sebuah Proton Exora jam 7.45 pagi sebelum ditemui jam 9.30 pagi.

Difahamkan, perompak meninggalkan mangsa dan kenderaan terbabit di Kok Lanas dan mangsa kini berada di Balai Polis Kok Lanas.

sajagempak.com - Kanak-kanak Dilarikan Perompak Dipulangkan Semula Dengan Kereta Yang Dicuri

Bapa saudara mangsa, Che Azwadi Che Mud, 36, berkata, polis menghubungi keluarga memaklumkan anak saudaranya ditemui selamat.

Menceritakan kejadian yang berlaku, Che Azwadi berkata, kakak bersama anak saudaranya dalam perjalanan ke sekolah tadika di Kemubu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kakak berhenti untuk membeli kuih namun anak saudara berada dalam kereta.

“Secara tiba-tiba seorang lelaki datang terus masuk ke dalam kereta dan melarikan anak kenderaan bersama anak saudara saya,” katanya ketika dihubungi.

sajagempak.com - Kanak-kanak Dilarikan Perompak Dipulangkan Semula Dengan Kereta Yang Dicuri

Nasib baik budak itu berjaya diselamatkan, dengan tindakan pantas pihak berkuasa dan bantuan orang awam, mangsa difahamkan telah ditemui. Berdasarkan gambar yang dikongsikan, mangsa kelihatan menangis dan masih trauma.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan sentiasa mengunci pintu kereta meskipun tinggalkan untuk sekejap sahaja dalam apa pun urusan.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box