Kedai Makanan ‘But’ Kereta Jadi Tumpuan Kaki Ponteng Puasa

PERNAH ditahan tahun lalu kerana menjual makanan kepada kaki ponteng puasa, namun seorang lelaki tidak serik apabila melakukan perbuatan sama sebelum dicekup pihak berkuasa, hari ini.sajagempak.com - Kedai Makanan 'But' Kereta Jadi Tumpuan Kaki Ponteng Puasa

Lelaki berusia 42 tahun itu dikatakan berniaga makanan secara bersembunyi dalam but keretanya di tepi sawah di Langgar, Alor Setar.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) pada 10.30 pagi berikutan aduan awam yang diterima.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Undang-Undang Syariah JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, lelaki itu dikatakan menjual makanan pada awal pagi di kawasan sunyi di tepi sawah berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dalam but belakang Proton Wira itu menemui pelbagai jenis lauk pauk.

“Ketika serbuan, terdapat seorang lelaki dipercayai sedang membeli makanan di situ, namun pelanggan itu tidak ditahan sebaliknya diambil keterangan sebagai saksi.

sajagempak.com - Kedai Makanan 'But' Kereta Jadi Tumpuan Kaki Ponteng Puasa

“Siasatan juga mendapati lelaki itu pernah ditahan kerana melakukan kesalahan sama tahun lalu kerana menjual makanan di dalam kereta dan tidak serik melakukan sama, hari ini,” katanya.

Menurutnya, pihaknya percaya lelaki terbabit sudah lama berniaga di kawasan itu dengan menjadikan kaki ponteng puasa sebagai sasaran untuk mengaut keuntungan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. – Harian Metro

Facebook Comments