Keduanya Mahu Nikah Dengannya, Lelaki Kahwini Dua Wanita Serentak

Sekali lagi warga media sosial dihebohkan dengan berita seorang lelaki menikahi dua wanita sekaligus pada satu masa.Keduanya Mahu Nikah Dengannya, Lelaki Kahwini Dua Wanita Serentak

Seorang pemuda di Sumatera Selatan menarik perhatian ramai selepas menikah dengan dua wanita yang merupakan kekasihnya serentak, lapor Detik.

Memetik laporan, Suwan, 20 tahun pada mulanya telah berkenalan dengan Popy Anggraini, 18 sebelum bercinta selama tiga tahun dengan gadis itu. Pemuda berkenaan kemudiannya mengenali Anggun, 19 sebelum memutuskan untuk menyunting keduanya.

“Saya pada awalnya bercinta dengan Popy selama 3 tahun. Selepas itu berkawan juga dengan Anggun tiga bulan lalu,” katanya seperti dilapor Detik.

“Kekasih saya kedua-duanya kata mahu nikah dengan saya, jadi kami minta restu dari ibu bapa,” ujar pemuda itu.

Mereka bertiga pun kemudiannya merancang untuk mendirikan rumah tangga dan memberitahu ibu bapa masing-masing, tulis portal berkenaan.

Lapor Detik, ibu bapa mereka turut terkejut dengan permintaan itu, namun tetap merestui hubungan mereka.

Pasangan itu kemudiannya melaksanakan akad nikah pada Oktober lalu sebelum menjalankan upacara persandingan pada 26 Disember baru-baru ini.

Ketiga-tiga mempelai kelihatan berbusana khas berwarna merah keemasan sesuai adat Sumatera Selatan sambil bersanding di atas pelamin, kongsi Detik. Perkahwinan mereka mendapat perhatian meluas media Indonesia selain turut tular di media sosial.

Sumber: Siakap Keli

 

Facebook Comments Box