Kejadian Pelik Beribu-ribu Ikan Bilis Ditemui Melompat Memenuhi Kawasan Pantai

Satu kejadian aneh telah berlaku di bahagian Selatan pantai di Jogjakarta baru-baru ini hingga mengemparkan penduduk di Indonesia dan mendapat liputan meluas daripada media-media.Kejadian Pelik Beribu-ribu Ikan Bilis Ditemui Melompat Memenuhi Kawasan Pantai - sajagempak.com

Kejadian aneh itu menjadi bualan hangat para penduduk dan video kejadian tersebut dimuatnaik oleh akaun Instagram Dinas Kelautan dan Perikanan (Dislautkan).

Dalam video tersebut, para penduduk tergaman melihat beribu-ribu ekor ikan bilis telah melompat naik dan memenuhi kawasan pantai tanpa diketahui apa puncanya.

 

Fenomena yang berlaku itu membuatkan orang ramai dan penduduk tempatan mengambil kesempatan untuk menagkap ikan-ikan bilis pelbagai saiz di kawasan berkenaan dengan menggunakan jaring, sauk dan pelbagai alat-alat yang lain untuk menangkap ikan.Kejadian Pelik Beribu-ribu Ikan Bilis Ditemui Melompat Memenuhi Kawasan Pantai - sajagempak.com

Dalam video itu juga, dapat didengar penduduk tempatan berkata sesuatu berbunyi:

“Ini di lagun selatan, tak perlu jauh-jauh… Teri (ikan bilis), bro …’

 

Meskipun penduduk tempatan tidak mengetahui dengan pasti apa punca kejadian aneh itu, tetapi mereka tidak melepaskan peluang dan mengambil kesempatan untuk menangkap ikan bilis yang banyak terperangkap di sudut batu pantai dan di gigi air.Kejadian Pelik Beribu-ribu Ikan Bilis Ditemui Melompat Memenuhi Kawasan Pantai - sajagempak.com

Menurut agensi Dinas Kelautan dan Perikanan, ada tiga sebab kenapa ikan bilis di kawasan perairan tersebut berkelakuan aneh iaitu perubahan air laut, arus dan gelombang yang tinggi, dan juga disebabkan pertumbuhan alga dan plankton.

Selain itu ramai dikalangan orang ramai yang beranggapan kejadian ikan bilis yang banyak memenuhi kawasan pantai itu adalah suatu bentuk rezeki untuk dibawa pulang ke rumah.

VIDEO:

Namun begitu, ada juga yang berpendapat dan bimbang kejadian itu mungkin merupakan petanda awal tentang kemungkinan bencana alam yang datang dari laut.

Facebook Comments Box