Kelibat ‘Buaya’ Di Tasik Putrajaya Membimbangkan Orang Ramai

PUTRAJAYA – Kelibat seekor ‘buaya’ di Tasik Putrajaya hampir menggemparkan penduduk di sini berikutan penularan rakaman video mengenai kehadiran reptilia sememangnya ditakuti itu menerusi laman Facebook, baru-baru ini.sajagempak.com -  Kelibat ‘Buaya’ Di Tasik Putrajaya Membimbangkan Orang Ramai

Bagaimanapun, ‘buaya’ dianggarkan berukuran hampir dua meter itu sebenarnya merupakan seekor biawak besar yang dipercayai sedang mencari makanan di sekitar tasik tersebut.

Perkara itu disahkan sumber daripada Perbadanan Putrajaya (Ppj) susulan hasil siasatan yang dilakukan Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetland serta Bahagian Hidupan Liar perbadanan itu, semalam.

sajagempak.com -  Kelibat ‘Buaya’ Di Tasik Putrajaya Membimbangkan Orang Ramai

“Itu bukan buaya tetapi biawak…Biawak itu memang bersaiz mega. Kalau tengok dari jauh nampak macam buaya,”kata sumber berkenaan menerusi ruangan komen di laman Facebook yang tular berkenaan.

Penularan dua video kelibat reptilia itu masing-masing dengan durasi 38 saat dan 25 saat, mengundang rasa bimbang di kalangan warganet terutama penduduk di Putrajaya berikutan tasik yang terletak di kawasan Taman Tasik Putrajaya itu memang terkenal sebagai sebuah lokasi riadah dan rekreasi.

sajagempak.com -  Kelibat ‘Buaya’ Di Tasik Putrajaya Membimbangkan Orang Ramai

Bagaimanapun, pengesahan terkini oleh Ppj telah melegakan kerisauan mereka apabila haiwan itu disahkan cuma seekor biasa besar.

sajagempak.com -  Kelibat ‘Buaya’ Di Tasik Putrajaya Membimbangkan Orang Ramai

Antara komen di laman Facebook ialah daripada Yamz Ahmad dengan mengatakan, pihaknya yakin haiwan itu adalah biawak berdasarkan pergerakan yang sangat laju berbanding buaya yang kebiasaannya bergerak perlahan.

Seorang lagi pengguna Facebook, Aamily Aatik menggesa mana-mana pihak melaporkan sebarang kelibat meragukan di dalam Tasik Putrajaya kepada saluran yang betul sebelum menularkannya di media sosial.

VIDEO:

Buaya di Tasik Putrajaya?

Dikirim oleh Informasi Malaysia pada Jumat, 21 Februari 2020

“Jangan macam-macam…Merisaukan orang ramai nanti. Pape pasni (apa-apa selepas ini) harap laporkan kepada saluran yang betul sebelum viralkan (tularkan) dalam media sosial,”katanya dalam ruangan komen.

Kredit: Sinar Harian

Facebook Comments Box