Keluar Beli Barang Naik Bas, Netizen Berang 8 Penduduk Miskin Dikompaun

Pada 27 Januari 2021, 8 penduduk termasuk warga emas dari beberapa kampung ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Tenom untuk dikeluarkan kompaun kerana bas dinaiki mereka melebihi kapasiti 50% penumpang seperti ditetapkan.sajagempak.com - Keluar Beli Barang Naik Bas, Netizen Berang 8 Penduduk Miskin Dikompaun

Bukan pergi berjalan-jalan tetapi mahu membeli barang keperluan, penduduk yang dikompaun menzahirkan rasa kesedihan kerana kesalahan itu bukan disengajakan.

Menurut laporan, jarak kampung mereka agak jauh dari pekan Tenom dan sukar berulang-alik. Pemandu bas, Ruil Taligi berkata dia pada mulanya tidak mahu membenarkan bas berkenaan dinaiki lapan penduduk kampung terbabit kerana sudah melebihi kapasiti asal.

sajagempak.com - Keluar Beli Barang Naik Bas, Netizen Berang 8 Penduduk Miskin Dikompaun

Akan tetapi, disebabkan rasa kasihan dengan penduduk kerana ada dalam kalangan mereka yang benar-benar perlu ke pekan untuk membeli barang keperluan maka Ruil pun membenarkan mereka naiki bas.

sajagempak.com - Keluar Beli Barang Naik Bas, Netizen Berang 8 Penduduk Miskin Dikompaun

Ketika sekatan jalan raya, Ruil merayu kepada pihak polis agar tidak menyaman penumpang dan hanya memberikan amaran atau menyaman dirinya sahaja. Tidak diendahkan, kesemua penumpang turut disaman walaupun mereka merupakan orang susah.

Lantaran berita tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih dan bengang kerana pihak berkuasa tidak bertimbang rasa. Almaklumlah, sudahlah mereka orang susah dan dikenakan kompaun, mana mereka mahu cari wang untuk membayarnya.

sajagempak.com - Keluar Beli Barang Naik Bas, Netizen Berang 8 Penduduk Miskin Dikompaun sajagempak.com - Keluar Beli Barang Naik Bas, Netizen Berang 8 Penduduk Miskin Dikompaun sajagempak.com - Keluar Beli Barang Naik Bas, Netizen Berang 8 Penduduk Miskin Dikompaun sajagempak.com - Keluar Beli Barang Naik Bas, Netizen Berang 8 Penduduk Miskin Dikompaun

Bukan itu sahaja, para netizen turut menzahirkan rasa kecewa kerana seharusnya pihak berkuasa membantu golongan yang susah saat ini bukannya membebankan lagi mereka.

Sumber: FMT

Facebook Comments Box