Keluar Kutip Tin, Warga Emas Yang Hilang Ditemui Terperangkap Dalam Lumpur Selama 3 Hari

Keluar Kutip Tin, Warga Emas Yang Hilang Ditemui Terperangkap Dalam Lumpur Selama 3 Hari. Beberapa orang pekerja di sebuah tapak projek perumahan di Taman Kluang, yang mahu mula bertugas terkejut selepas mereka menemui menemui seorang warga emas yang masih hidup berendam lumpur tanah liat.sajagempak.com -  Keluar Kutip Tin, Warga Emas Yang Hilang Ditemui Terperangkap Dalam Lumpur Selama 3 Hari

Tiga hari berendam lumpur
Difahamkan, wanita warga emas itu berusia 87 tahun telah dilaporkan hilang sejak tiga hari yang lalu, selepas dia tidak pulang setelah keluar mencari tin minuman dan botol minuman plastik terbuang di sini.

Keluar pergi kutip tin
Mangsa dikenali sebagai Low Chon Tai, dikatakan keluar bersendirian mengutip tin minuman sebelum dijumpai dalam keadaan tidak bermaya dalam longgokan tanah liat.

sajagempak.com -  Keluar Kutip Tin, Warga Emas Yang Hilang Ditemui Terperangkap Dalam Lumpur Selama 3 Hari

“Mangsa keluar dari rumah dan sepatutnya pulang sekitar 7 atau 8 malam dan menyedari ibunya tidak berada di rumah, anaknya berusia 66 tahun yang tinggal di Taman Titiwangsa di sini membuat laporan polis…”

sajagempak.com -  Keluar Kutip Tin, Warga Emas Yang Hilang Ditemui Terperangkap Dalam Lumpur Selama 3 Hari

Risau dengan keadaan ibu, dua orang anaknya telah membuat laporan polis, namun syukurlah ibunya berjaya ditemui oleh sekumpulan pekerja pembinaan yang bertindak pantas menghubungi ambulans.

sajagempak.com -  Keluar Kutip Tin, Warga Emas Yang Hilang Ditemui Terperangkap Dalam Lumpur Selama 3 Hari

Terima kasih membantu wanita warga emas ini..

sajagempak.com -  Keluar Kutip Tin, Warga Emas Yang Hilang Ditemui Terperangkap Dalam Lumpur Selama 3 Hari

Tiada unsur jenayah didapati, warga emas itu kini sedang dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom dan dilaporkan telah stabil.

Sumber : Buletin TV3

Facebook Comments Box