Keluarga Tergaman Menemui Dua Ekor Ular Sawa Batik Sedang Mengawan Atas Siling Rumah

Satu keluarga di Bentong, Pahang langsung tidak menyangka rumah yang didiami mereka selama ini rupanya turut dijadikan tempat persembunyian dua ekor ular sawa batik di atas siling rumah mereka.Keluarga Tergaman Menemui Dua Ekor Ular Sawa Batik Sedang Mengawan Atas Siling Rumah - sajagempak.com

Kehadiran kedua-dua ular sawa yang dipercayai sedang mengawan itu disedari oleh Som Salleh dan anak perempuannya berusia 26 tahun apabila mereka terdengar ada bunyi seakan benda jatuh di bilik sebelah.

Menceritakan kejadian tersebut, pesara Hospital yang dikenali sebagai Som, berusia 57 tahun sedang berbincang dengan anaknya untuk membeli siling baru kerana siling sedia ada ada kerosakan sedikit. Kedua beranak ini langsung tidak menyangka akan menemukan dua ekor ular sawa batik yang bersaiz sangat besar dalam rumah mereka.Keluarga Tergaman Menemui Dua Ekor Ular Sawa Batik Sedang Mengawan Atas Siling Rumah - sajagempak.com

“Menggigil juga dibuatnya sebab ternampak ekor ular sawa keluar dari atas siling yang sudah pecah. Ini kali pertama saya melihat ular sawa batik sebesar itu.

“Saya keluar dari rumah dan terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM). Sebenarnya saya dan anak sedang berbincang di bilik sebelah, nak beli siling baru sebab ada yang sudah pecah sikit sebelum ini,”

Som bersyukur kerana ketika kejadian, anaknya tidak tidur di bilik tempat dimana kedua-dua ekor ular sawa itu ditemui.Keluarga Tergaman Menemui Dua Ekor Ular Sawa Batik Sedang Mengawan Atas Siling Rumah - sajagempak.com

Menurut pegawai Pertahanan Awam Daerah Bentong, Leftenan (PA) Azizah Husain, empat anggota APM telah segera dikejarkan ke lokasi bagi menangani siutasi cemas tersebut dan berjaya menangkap kedua-dua ular tersebut dalam masa lebih kurang 50 minit menggunakan penjerut.

Salah satu ular itu dianggarkan seberat 32 kilogram dan mempunyai panjang kira-kira lima meter manakala seekor lagi ular seberat 25 kilogram dan lebih empat meter panjang. Kedua-dua ular berkenaan akan dilepaskan semula di tempat yang selamat yang jauh dari penempatan manusia.

VIDEO:

Orang awam dinasihatkan akan berhati-hati kerana musim panas akan hampir tiba dan menyebabkan ular cenderung untuk akan mencari tempat yang lebih sejuk, contohnya di rumah.

Facebook Comments Box