Kemarau Melampau Mendedahkan Penemuan Jejak Tapak Kaki Dinosaur Berusia 113 Juta Tahun

Kemarau yang teruk melanda disebabkan cuaca panas melampau telah menjadi punca penemuan tapak kaki dinosaur yang berusia kira-kira 113 juta tahun lalu.Kemarau Melampau Mendedahkan Penemuan Jejak Tapak Kaki Dinosaur Berusia 113 Juta Tahun - sajagempak.com

Bekas jejak dinosaur itu ditemui di sungai yang terletak di Dinosaur Valley State Park, Texas, Amerika Syarikat. Jejak tersebut ditemui timbul di permukaan sungai yang telah menjadi kering.

Kesan tapak kaki tersebut dikatakan merupakan kesan tapak kaki seekor acrocanthosaurus yang tidak pernah dilihat sejak tahun 2000 kerana ia berada bawah air sungai dan beberapa lapisan sedimen. Dinosaur jenis acrocanthosaurus dikatakan memiliki berat lebih kurang 7 tan dan 15 kaki tinggi.

Malah cuaca panas melampau yang melanda kawasan berkenaan juga telah mendedahkan penemuan mayat manusia di kawasan takungan terbesar Amerika Syarikat, Lake Mead.Kemarau Melampau Mendedahkan Penemuan Jejak Tapak Kaki Dinosaur Berusia 113 Juta Tahun - sajagempak.com

Namun begitu, jejak dinosaur itu kemudiannya ‘lenyap’ semula selepas hujan turun dan parasa air sungai beransur-ansur naik dan pulih.

Menurut pegawai tempatan, jejak tersebut kemungkinan adalah jejak terpanjang yang ditinggalkanoleh seekor dinosaur di Amerika Utara.Kemarau Melampau Mendedahkan Penemuan Jejak Tapak Kaki Dinosaur Berusia 113 Juta Tahun - sajagempak.com Dikenali sebagai ‘Lone Ranger trackway’,dianggarkan terdapat 140 kesan tapak kaki dinosaur tersebut yang ditemui di situ tetapi hanya 60 sahaja yang dapat dilihat.

Selain jejak kaki dinosaur, cuaca panas melampau yang melanda juga telah mendedahkan penemuan mayat manusia di kawasan takungan terbesar Amerika Syarikat, Lake Mead.

Sumber: BBC

Facebook Comments Box