Kening Bertukar Jadi Shin Chan, Wanita Terpaksa Ulang Alik Lebih 4,000km Untuk Dapatkan Kening Asalnya

Sudah menjadi lumrah bagi kaum wanita yang sentiasa mahu bergaya dan nampak cantik. Namun niat mahu memiliki kening yang sempurna dan cantik bertukar menjadi mimpi ngeri buat seorang wanita berusia 37 tahun ini.Kening Bertukar Jadi Shin Chan, Wanita Terpaksa Ulang Alik Lebih 4,000km Untuk Dapatkan Kening Asalnya - sajagempak.com

Setelah lama merancang, seorang pakar pergigian wanita yang dikenali sebagai Crystal Weinstock dari Houston itu menjalani rawatan microblading pada keningnya di sebuah klinik.

Dia teruja untuk menjalani rawatan tersebut dan tidak sabar untuk memiliki kening yang sempurna dan cantik sepertimana dalam gambar yang ditunjukkan kepadanya. Untuk info, microblading merupakan cara separa kekal untuk membuat penampilan alis menjadi lebih penuh dan tebal.

Kos untuk rawatan microblading itu adalah sebanyak AS$340 atau lebih kurang RM1,500, dan pada sesi pertama, rawatan itu tidak berjaya kerana dia telah mengalami pendarahan. Kening Bertukar Jadi Shin Chan, Wanita Terpaksa Ulang Alik Lebih 4,000km Untuk Dapatkan Kening Asalnya - sajagempak.comWanita ini mencuba lagi pada sesi kedua pada bulan berikutnya, namun pendarahan masih berlaku dan pigmen tidak melekat pada kulitnya.

“Saya datang semula menjalani sesi kedua, dan pendarahan masih berlaku dan pigmen tidak melekat pada kulit saya,” katanya.Kening Bertukar Jadi Shin Chan, Wanita Terpaksa Ulang Alik Lebih 4,000km Untuk Dapatkan Kening Asalnya - sajagempak.com

Akibatnya, wanita ini terkejut apabila mendapati keningnya berubah menjadi lebih besar dan agak menakutkan sehinggakan anak perempuannya yang berusia 3 tahun juga takut untuk mendekatinya. Malah keningnya turut disamakan dengan watak utama kartun Jepun yang popular iaitu Crayon Shin Chan.Kening Bertukar Jadi Shin Chan, Wanita Terpaksa Ulang Alik Lebih 4,000km Untuk Dapatkan Kening Asalnya - sajagempak.com

Menurut wanita ini, dia hanya mahukan keningnya kelihatan penuh dan tebal tetapi bukan menjadi lebih besar.

Wanita ini kenundiannya terpaksa mendapatkan rawatan di klinik lain di California yang sejauh 4,137km dari rumahnya untuk membuang prosedur tersebut yang kemungkinan mengambil masa sehingga satu tahun untuk selesai.

 

Facebook Comments Box