Sudah menjadi sifat semulajadi manusia tak mengira lelaki atau pun perempuan, mereka pasti akan sentiasa mahu kelihatan bergaya atau cantik. Jika dibandingkan, kaum wanita adalah lebih cenderung meminati barang-barang kencantikan yang dijual di pasaran dan oleh itu tidak hairanlah ramai jutawan-jutawan yang lahir hasil daripada menjual produk kecantikkan.
Jadi, tidak hairanlah jika dilihat begitu banyak kedai dan jenama alat solek yang muncul bagi memastikan ‘keperluan’ ini dipenuhi. Tetapi sebanyak manapun jenama alat kecantikan yang ada di pasaran anda perlu berhati-hati ketika membeli, jika tidak jadilah seperti wanita ini…
Wanita dari Britain ini, Poppy Gasson dikatakan telah membeli cecair kening yang dijual secara atas talian dan menggunakannya pada kedua-dua keningnya.
Selepas 30 minit dia cuba membersihkan cecair hitam tersebut dan apa yang berlaku ketika itu sangat mengejutkannya. Mana tidaknya, keningnya juga hilang semasa dia membersihkan cecair tersebut!
Selepas 30 minit dia cuba membersihkan cecair hitam tersebut dan dia tidak sedar ada ‘kejutan’ menantinya.
Dia terkejut besar saat melihat keningnya yang turut sama hilang!
Rupanya punca keningnya jadi ‘hilang’ bukanlah disebabkan produk tidak bagus, tapi adalah disebabkan cara penggunaannya yang salah iaitu dia sepatutnya membiarkan cecair itu tidak lebih 5 minit di kening, tapi dia biarkan lebih 30 minit! Alamak!

VIDEO:
Pengajarannya, semoga lebih berhati-hati membeli produk-produk kecantikan dan ikutlah cara penggunaan yang disarankan.