Kepingan Syiling Emas Celtic Berusia Dua Ribu Tahun Ditemui

Di dunia ini, tidak dinafikan masih banyak harta atau barangan peninggalan orang zaman dahulu yang tersembunyi dan belum ditemui. Salah satu daripada benda peninggalan orang lama yang seringkali dilaporkan ditemui adalah duit syiling zaman kuno.Kepingan Syiling Emas Celtic Berusia Dua Ribu Tahun Ditemui

Di negara Jerman, penggalian yang dilakukan di Brandenburg telah menemukan kepingan syiling emas Celtic yang digelar ‘cawan pelangi’ berusia 2,000 tahun.

Kepingan syiling berusia 2000 tahun itu digelar cawan pelangi kerana legenda teko emas yang bentuknya melengkung seperti pelangi. Ianya juga menjadi penemuan terbesar dalam sejarah negeri itu.Penemuan Syiling Emas Digelar Cawan Pelangi Berusia 2,000 Tahun Menenjadi Penemuan Terbesar Dalam Sejarah Negeri - sajagempak.com

Baru-baru ini juga, hasil penemuan menakjubkan itu telah diterbitkan baru-baru ini dalam jurnal akademik Live Science  pada Januari 2022 dengan tajuk ‘Timbunan emas Celtic, ‘cawan pelangi’ berusia 2000 tahun ditemukan di Jerman’.

Menteri Kebudayaan Brandenburg, Manja Schuele mendedahkan, penemuan syiling pada tahun 2017 itu menjadi yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah Brandenburg.

Penemuan Syiling Emas Digelar Cawan Pelangi Berusia 2,000 Tahun Menenjadi Penemuan Terbesar Dalam Sejarah Negeri - sajagempak.com

“Sebanyak 41 keping syiling emas itu sangat sensasi, sumber maklumat yang tidak boleh ditukar ganti dan menawarkan gambaran unik tentang masa lalu kita.

“Ia menunjukkan kesan sejarah ketara di negeri ini.

“Ahli arkeologi sukarelawan berjaya mendedahkan bahagian penting sejarah negeri ini,” katanya.

Penemuan Syiling Emas Digelar Cawan Pelangi Berusia 2,000 Tahun Menenjadi Penemuan Terbesar Dalam Sejarah Negeri - sajagempak.com

Syiling emas  ‘cawan pelangi’ itu bakal dipamerkan di Muzium Negeri Arkeologi Brandenburg, yang menempatkan 10,000 pameran terpilih serta mendedahkan gambaran keseluruhan sejarah budaya Brandenburg selama 130,000 tahun.

Kredit: Livescience

Facebook Comments Box