Kerana Tak Cukup Duit RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenazah Anak

Seorang sukarelawan yang dikenali sebagai Mohd Zulhairi Zainol menceritakan satu kisah sedih yang berlaku kepada seorang lelaki yang bergelar bapa. Kisah ini berlaku pada dua tahun lepas mengenai seorang lelaki yang baru sahaja kehilangan anak, namun berdepan kesukaran apabila tiada orang mahu menguruskan jenazah anaknya kerana tidak cukup duit.Kerana Tak Cukup Duit RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenazah Anak

Diceritakan oleh Mohd Zulhairi Zainol, apabila anak kepada pemuda yang dirahsiakan identitinya terpaksa membawa semula ke hospital apabila kos pengurusan jenazah di kawasan tempat tinggalnya didakwa dikenakan caj RM300.

Mujur, pihak forensik hospital tersebut menelefon Zulhairi yang memang menyediakan khidmat pengurusan jenazah secara percuma kepada sesiapa yang memerlukan bantuan beliau.

Kerana Tak Cukup Duit RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenazah Anak

 

Khidmat Zulhairi ini pernah beberapa kali tular di laman sosial dengan khidmatnya membantu pihak yang memerlukan bantuan dan tidak mampu membayar kos pengurusan jenazah yang mana di sesetengah kawasan agak tinggi harganya.

Selepas selesai urusan pengebumian anaknya, lelaki tersebut memaklumkan pada Zulhairi bahawa dia cuma ada RM150 sahaja untuk diberikan kepada Zulhairi.

Kerana Tak Cukup Duit RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenazah Anak

 

Namun, Zulhairi menolak pemberian lelaki tersebut dan meminta lelaki tersebut untuk siman sahaja duit itu untuk kegunaan dirinya.

“Alhamdulilah selesai, sadis kesah brader ni. Padahal pagi tadi dia dah bawa jenazah anaknya ini untuk di uruskan di tempatnya, disebabkan dikenakan caj rm300.00 si ayah nie xmampu dah orang tu xnak uruskan. Dibawa kembali anak ini ke hospital nasib baiklah team forensik maklumkan pada hery,terus hery dtg bantu dan uruskan mandi & kafan serta dikebumikan.

Kerana Tak Cukup Duit RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenazah Anak

 

Dia maklumkan pada hery hanya ada rm150.00 sahaja, Hery ckp simpan sahaja duit tu terus ayahnya peluk Hery dan berterima kasih pada kalian semua. Ini lah di antara sumbangan kalian hery salurkan. Baby kecik mcm nie pon nak caj rm300. Modal hery tadi hanya rm20.00 je.”

 

Kredit: Mohd Zulhairi Zainol

Facebook Comments Box