Kerana Tindik Hidung, Gadis Terpaksa Berkerusi Roda Seumur Hidup

Tindik telinga dan kadang kadang hidung memang sudah jadi perkara harus bagi seseorang wanita. Tetapi zaman sekarang yang serba moden ini ramai yang memilih untuk buat sendiri tanpa fikir risiko yang bakal di hadapi. Perkara ini terjadi kepada gadis ini, sayangnya wajah cantik dan masih muda tetapi tidak boleh berjalan.sajagempak.com - Kerana Tindik Hidung, Gadis Terpaksa Berkerusi Roda Seumur HidupSeorang wanita di Brazil mengalami lumpuh separuh badan selepas dijangkiti kuman berpunca daripada tindakannya menindik hidung.

Layane, 20 tahun menindik hidungnya pada July 2018 dan sejak itu hidungnya membengkak.

Pun begitu, dia tidak menyangka bengkak yang membesar dibahagian hidungnya merupakan tanda serius.

sajagempak.com - Kerana Tindik Hidung, Gadis Terpaksa Berkerusi Roda Seumur Hidup

Layane mula demam dan mengalami kesakitan teruk di bahagian kakinya. Kesakitan itu tidak lama kemudian menjadi kebas dan menyebabkan keseluruhan badan tidak dapat bergerak.

Dia terpaksa menjalani pembedahan kecemasan dan pakar bedah saraf, Oswaldo Ribeiro Marquez, memberitahu media tempatan bahawa dia tidak pernah melihat jenis jangkitan bakteria yang disebabkan oleh menindik dalam kerjaya perubatan selama 15 tahun.

sajagempak.com - Kerana Tindik Hidung, Gadis Terpaksa Berkerusi Roda Seumur Hidup

Seorang ahli dermatologi memberitahu jangkitan ini berpunca daripada peralatan yang digunakan tidak dibersihkan dengan baik.

sajagempak.com - Kerana Tindik Hidung, Gadis Terpaksa Berkerusi Roda Seumur Hidup

Layane sebelum ini mempunyai 3 lubang yang ditindik di sebelah bahagian kanan hidungnya, tetapi memutuskan untuk menebuk di sebelah kiri dan tak sangka kesan itu menyebabkan dia lumpuh kekal di usia muda.

Sumber : Siakap Keli

Facebook Comments Box