Tak kisah samada ibu atau nenek, marah mana pun kita dengan dia jangan sampai langgar batas kita dekat orang yang dah lahirkan dan besarkan kita.
Merekalah orang yang paling banyak berkorban untuk kita untuk pastikan yang terbaik untuk kita dan dibesarkan dengan baik. Sebagai anak memang tanggungjawab kita untuk membalas jasa mereka tapi malang sungguh untuk nasib seorang nenek ni.
Satu perkongsian sayu di Facebook post sangat meruntun hati netizen dimana seorang wanita tua dari Thailand ini teruk dipukuI oleh cucunya, dia ditemui tersadai di tepi jalan.
Menurut netizen yang menjumpai nenek tersebut, dapat dilihat badan dia dipenuhi dengan bengkak-bengkak dan terbiar sebatang kara.
Apabila ditanya, nenek tersebut menceritakan yang cucunya itu kaki botol, dia selalu kena pukuI dan sepak terajang ketika dia tengah m4buk, dia tak dapat nak lindungi diri sebab tinggal serumah.
Tetapi selepas dipukuI dengan teruk begitu sekali, nenek tersebut terpaksa menyelinap keluar rumah dan tak ada pilihan lain untuk tidur di tepi jalan.
Saya dah tua, macam mana nak pertahankan diri? Saya tak kuat”
Dalam gambar ini pun dapat dilihat kesengsaraan yang warga emas malang ini sedang hadapi, matanya bengkak sampai berdarah-darah, tangan dia pun ada cedera dengan sampai ada Iuka-Iuka dan berbirat teruk.
Teruk sangat ni dia kena pukuI. Allahuakbar, terus admin terbayang ibu dan nenek admin.
Semoga cucunya dikenakan tindakan yang sewajarnya dan diharapkan nenek ini cepat sembuh dan sihat seperti biasa.