Kerepek Makcik Dah Sampai Amerika, Pelanggan Rasa Sekali Terus Beli 200 Bungkus

Seorang wanita berkongsikan pengalaman indah yang dilaluinya setelah hampir setahun berniaga menjual kerepek.sajagempak.com - Kerepek Makcik Dah Sampai Amerika, Pelanggan Rasa Sekali Terus Beli 200 Bungkus

“KEREPEK pisang tanduk ini dah sampai Amerika,” kata Saharah Tamby Chik , penjual tabah di kawasan parkir kenderaan di sebuah pasar raya di Ayer Keroh, Melaka.

Saharah, 64, berkata peristiwa itu kenangan terindah buatnya selepas hampir setahun berniaga untuk menampung perbelanjaan harian.

Dia yang baru pulih selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di belakang badan beberapa bulan lalu berkata, ketika itu seorang pelanggan mungkin bersimpati lalu membeli kerepek pisang dan terus memakan.

Menurutnya, selepas rasa enak dan rangup, pelanggan itu terus membeli 200 bungkus untuk dibawa pulang ke Amerika Syarikat pada keesokannya.

sajagempak.com - Kerepek Makcik Dah Sampai Amerika, Pelanggan Rasa Sekali Terus Beli 200 Bungkus

“Tak pasti sama ada dia mahu mengagih atau dijual di sana. Namun pelanggan itu memberitahu untuk dibawa balik ke Amerika.

“Mak cik amat bangga dengan sambutan itu sehingga sering memberitahu kepada setiap pembeli berkaitan kisah berkenaan.

“Malah mak cik teruja menanti kehadirannya semula satu hari nanti jika dipanjangkan usia,” katanya yang turut menjual kerepek pisang nipah dan nangka.

Malah kerepek terbabit sudah ‘terbang’ ke Melbourne, Australia yang dibeli pelanggan selepas tertarik dengan keenakan kerepek pisang dijualnya.

Saharah berkata, kesunyian selepas suami meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa tahun lalu mendorong dia menjual kerepek berkenaan.

sajagempak.com - Kerepek Makcik Dah Sampai Amerika, Pelanggan Rasa Sekali Terus Beli 200 Bungkus

Katanya, dia meletakkan kerepeknya di dalam troli dan sekali imbas, dia seperti sedang menanti seseorang, namun pendekatannya jelas menagih simpati umum sehingga ramai merapatinya dan terus membeli.

“Saya diberi upah menjual kerepek yang dihasilkan anak saudara selepas tidak lagi mampu bekerja sebagai pencuci bangunan apabila dikesan menghidap ketumbuhan terbabit.

“Walaupun memiliki rumah pusaka di Kampung Pantai Puteri, saya menetap di rumah anak saudara di Ayer Keroh bagi memudahkan tugas menjual kerepek terbabit.

“Saya mempunyai empat anak dan mereka mengizinkan saya mengisi masa terluang dengan menjual kerepek, sekali gus memberi pilihan kepada umum untuk mendapatkan makanan ringan yang enak,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box