Kereta Berada Di Tengah Sawah Dikaitkan Dengan Unsur Mistik Meresahkan Penduduk

Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berada di tengah sawah, namun tidak merosakkan tanaman padi mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen di sini. Ia berikutan kenderaan itu ditemui pada Selasa lalu, namun tiada pemilik yang menuntutnya.sajagempak.com - Kereta Berada Di Tengah Sawah Dikaitkan Dengan Perbuatan Mistik Meresahkan Penduduk

Malahan video rakaman 50 saat dikongsi di Twitter milik @YudiAbdulRohim membuatkan netizen mempercayai ia dikaitkan dengan perkara misteri.

Status entri itu menjelaskan kenderaan itu berada di tengah sawah, namun menghairankan ia tidak merosakkan tumbuhan padi di sekitarnya.

sajagempak.com - Kereta Berada Di Tengah Sawah Dikaitkan Dengan Perbuatan Mistik Meresahkan Penduduk

Ada yang tertanya-tanya mengapa padi di sekelilingnya tidak rosak, malah tiada kesan kenderaan di kawasan tersebut.

sajagempak.com - Kereta Berada Di Tengah Sawah Dikaitkan Dengan Perbuatan Mistik Meresahkan Penduduk

Bagi menjelaskan kemusykilan itu, pegawai polis daerah Madiun, Bripka Bongi Widayanto mengesahkan kenderaan yang berada di sawah itu akibat kemalangan jalan raya, lapor Kompas.

Bripka Bongi menegaskan, kereta itu boleh berada di tengah-tengah sawah bukan kerana perkara mistik atau pelik tetapi terlibat dalam kemalangan.

sajagempak.com - Kereta Berada Di Tengah Sawah Dikaitkan Dengan Perbuatan Mistik Meresahkan Penduduk

“Mengenai video tular di Facebook semalam, ia adalah satu kemalangan,” kata Bongi ketika dihubungi Kompas.com semalam.

Bongi berkata, kejadian itu berlaku di kampung Sidorejo, Madiun, Jawa Timur pada Sabtu pada jam 1 petang.

sajagempak.com - Kereta Berada Di Tengah Sawah Dikaitkan Dengan Perbuatan Mistik Meresahkan Penduduk

“Kronologi peristiwa, kenderaan itu dari utara ke selatan. Tiba di tempat kejadian pemandu membelok, namun hilang kawalan hingga mengakibatkan pemandu tertekan minyak lalu ‘terbang’ ke sawah.

VIDEO:

“Bagaimanapun pemandu tidak alami kecederaan dan ketika kejadian dia bersendirian,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Facebook Comments Box